BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

20 December 2012

#HappyBirthdayNorazilahAbdullah (teaser)

 Assalamualaikum or hello to whoever is reading this 


Tq People for Wish my "B"  in Facebook <3




Thank you so much dear <3


Teaser entry #HappyBirthdayNorazilahAbdullah . Full entry akan menyusul kemudian .



30 November 2012

Contest | Saya sayang kamu, sahabatku !


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this 

Holaaa... hari ni saya nak join contest pulak . kang asyik asyik segmen segmen je mak aii~ bosan oww. bosan !  hehe . ye lah kan ? kita pun nak buat benda baru . sekurang kurang nya dapat juga pengalaman baru kan ?. seh ! *bajet baik konon.. Nak tahu saya join contest apa ? mm.. "contest saya sayang kamu sahabatku ! . Actually, saje saje je ikut ni . nak try cam na pula join contest . Oprs ! korang nak join juga ke? boleh bah kalau kau tu bro *ayat ganas . haha. korang terus je click banner biru yang super ohsem itu k. yang kat bawah ni erk? 
 
 
Okey,  take you time reading about this k guys . Lets go !


Okey !
 dengan bangganya saya meletakkan gambar yang ala ala membe sekolah!
*saje nak letak gambo time sekolah cuz kami mula kenal and rapat time zaman persekolahan.

tarraaaaa!!!
( tangan yang mau tumbuk orang itu saya, yang buat peace itu sahabat saya )
*cantik tak cantik tak ? hihi !

Korang Korang !
Nama saya Cik Norazilah Binti Abdullah
Nama Sahabat Tercinta Cik Ain Syafiqah Binti Haris .

Serba sedikit mengenai sahabat saya?
Okey , saya nak cerita sikit tentang sahabat saya yang super ohsem ini .
Ain Syafiqah Haris nama diberi . ewah ! dari nama je dah cute semacam . apa lagi orang nya.. memang super saxobeat lah . wah ! korang boleh panggil dia moleq cuz tu nama panggilan dia tau. Lahir pada 03/03/94 . Sahabat Saya ni memang giler cute+comel+lawa etc . muka dia yang ala ala Cina+Korea+Malay itu membuatkan saya memang geram+geram+geram ! *cam saya mau cubit je pipi dia yang tebam itu . haha .  Okey straight to the point . saya mengenali kawan saya yang terbaik dari ladang ni haha , start time sekolah menengah . kita orang first berlainan kelas time form 1-3. Lastly, form 4-5 baru dapat seclass , first kami x seberapa rapat but lama kelamaan nya pula cam da adik beranak . haha . kawan saya ni seorang yang kecik kecik , periang , kebudak-budakkan tapi kekadang matang juga . But, 1 point yang paling penting korang mesti tau .  "DIA SEORANG YANG SUPER CARING orangnya. hihi . rasanya tu sak kot yg penting . kan kan kan ? tak nak panjang nanti cam ayat karangan dah.


Mengapa saya sayang dia?
sebab saya sayang dia ? Of course lah Kerana Allah s.w.t. . Saya sayang sangat sangat sangat dengan ni budak okey ? sebab dia seorang yang caring lagi periang . bila saya dengan dia je mesti saya ketawa . mesti saya menangis dan mesti saya minta puji *bajet kuat manje lah kononnya . walaupun kekadang itu ada juga gaduh gaduh lah katakan . *apa taknya kan 'sedangkan lidah lagi tergigit . ini kan pulak sahabat . wau ! ayat lagu tu bro ! . Ooo! Oh my god ! i miss her so much ! * nak nangis nak nangis ni .. mmmm ..Stop ! Okey lah. rasanya sampai situ sak kot nak ceta . dah x tahan ni nak nanes . rindu dengan dia tau ! apa taknya dia dah balik kampus kat Uitm selangor and tak kesampaian nak jumpa ada sak masalah bila nak jumpa dia . Whatever, yang penting dia happy sana dan  take care take iman selalu .
(gambar ni saya buat time 2010 kes rindu dia ni ) 



Sebelum saya akhiri entry ni , jom kita layan dulu lagu sahabat dari najwa latif feat syamkamarul .
*lagu ni sempena contest saya sayang kamu, sahabatku !
Click here untuk dengar --->


Terima Kasih Sudi Baca Entry Kupukupupink -.-'

17 November 2012

Beza Dating Dengan..

Assalamualaikum Charming Semua -,-'


Pernahkah anda terfikir , dating dengan pakwe lagi best ke atau dating dengan Allah S.W.T. lagi best ? mmm... kali ni nak listkan perbezaan keluar dating dengan pakwe and Allah S.W.T. Moga anda anda yang terbaca ini entri mendapat sedikit motivasi . 


*Keluar Dating Ngan Pakwe... 
  1. Mesti Gaduh Tak Pun Nangis,Tak Pun Orang Kutuk -Ta Hape-Hape
  2. Nak Carik Tempat Mesti Yg 'Class Punya You All'
  3. Tergedik-Gedik Nak Kene Peluk Lah...Itulah..Inilah...(Subhanallah)
  4. Nak Beli Hadiah Kene Cincin Atau Bear
  5. Rasa Macam Tak Cukup Masa..Kalau Boleh Nak Date Sampai tengah Malam
  6. Susah Sangat Nak Cipta Kenangan Manis..Kenangan Menangis Boleh
  7. Terpaksa Bermekap Untuk Tampil Bergaya N Cun Melecun
  8. Terpaksa Cipta Ayat Semanis Madu Nak Pikat Pasangan
  9. Walaupun Dah Tunjukkan Kasih sayang Kita Kat Pasangan Dia Tetap kata Kita Curang...Then Cemburu
*Tapi Kalau Dating Ngan Allah
  1. Lepas Habis Dating Jer Rasa Tenang Sangat ~ ♥.♥
  2. Tempat Dia Cukup Ringkas Hanya Masjid,Surau Atau Atas Sejadah
  3. Hadiah Dia Cukup Hebat Iaitu Pencerah Muka Daripada Wuduk
  4. Tak Bazir Masa Cukup 10 Minit Selesai Dating
  5. Banyak 'sweet Moment' Antara Sentiasa Berjaya Dalam Hidup
  6. Tak Payah Mekap, Lepas Solat Tengok Cermin Boleh Cakap Dalam Hati.." Cun Pulak Muka Aku Lepas Solat"
  7. Cukup Sekadar Menghafal Ayat Yang Sama..Allah Akan Setia Dengar
  8. Allah Cukup Yakin Kita Cintakan Dia Tak Perlukan Bukti . (subanallah)
Apa pendapat anda ? mana lagi best anda rasa ?


12 November 2012

Sepuluh Sebelas Duabelas !

 Assalamualaikum or hello to whoever is reading this ♥

Hi korang ! Hari ni sesaje je saya nak share kat korang tentang apa yang berlaku pada 10.11.12. hehe.
Actually, pada hari tu besday my nephew "Sitebam" muehehe .
Okey , hari tu saya tak tersangka pula yang saya ni ada plan nak jalan jalan with my Bestie yang sorang tu (Moleq) *maklumlah lama dah tak jumpa . So, jumpa jumpa lah kami kunon . Hari tu kami nak plan lah ni jalan jalan makan bakso kat tempat biasa but lastly tak jadi . u know why? cuz cik kecik moleq ni pergi Tawau shoping shoping with dia punya papa. aduyy .. katciwa+hampa saya dibuatnya tau ! sedih saya ditinggalkan. mana tak nya kan saya penat penat nak plan ke pekan kunak untuk jumpa dia last last tak jadi . wahh! *merajuk macam mau mampus. kikikie~ but never mind . *gue bukan gadis dendaman okay? saya pun paham juak. maybe hari tu keadaan memaksa kami untuk tak berjumpa and menambahkan lagi kerinduan di jiwa. wahh! tolonglah ye..
Well, saya pun dengan rasa yang tak berteman ni pergi lah ajak ajak orang lain pula . Tapi terfikir juga siapa saya nak bawa ye. mm.. last last pikir punya pikir pappp! terjumpa pun idea nak ajak si dia? wah! siapa tu? hehe. of cuz lah my nephew yang sentiasa menemani saya bila saya nak pergi shoping shoping ke? makan makan ke? tidur tidur ke? aik! tak leh pula sampai ke tidur. macam mumy saya dah kalau cam tu right? hihi. So? saya calling calling lah ni nephew saya yang comel+cute ni (Yatiey).

Lang : Assalamualaikum..Syg, mana u ? jom jalan jalan p makan bakso ? i spent. now ye?
Yatie : Waalaikumussalam .. Okey . Jap bsiap dulu.
Lang : Bah Ukey ! i tunggu kat umah mck taya okey ?
Yatie : Okey .
Lang : KBye .
Yatie : Byee .

Beberapa minit kemudian ...
Taraaaaa...!
Kami jalan jalan ! p ukur itu jalan . kikikie~ 
ni lah gambar saya time p jemput ini budak cantik . huhu. 
btw, gemok kah saya ? *yang pakai baju petak petak+tudung hitam.
Actually , saya memang seorang yang simple bila berfesyen or berpakaian ni . tak suka sangat nak bergaya . *tapi sebenarnya ku biasa biasa saja (Untuk Dia -Najwa Feat Sleeq) hihi. 

Okey, after that . kami pun p lah ni makan makan kat kedai bakso yang sentiasa menjadi pilihan untuk menjamu selera. huhu . Japp nak upload gambar lagi ni ah ..

ni lah makanan bakso kami . yummy ! menyelerakan ...









   
abaikan mukak saya yang cute tu . haha.

pelbagai style kan ? hehe ;D *suka hati aku lah .. yang kau sibuk situ buat apa . hehe (kiding)
alright , after je kami p makan makan bakso . direct round-2 ke kedai gambar *kununnya nak cuci gambar.

And then, lastly kami gi beli beli kek untuk si bam bam ncem..

First, begini ceritanya  "tak terfikir pula nak beli kek ni . But, Suddenly baru perasan yang hari tu besday my nephew si bam-2. So, kami bajet lah nak beli untuk dia . kebetulan pula kan ? apa salahnya .
*time tu duit saye naik saham so belikan lah . takya kedekut !hehe.

Haa! ni lah pic pic kita orang time beli cake . *Actually kek nya pun tak lah besar sangat kecik je . cukup untuk 5 orang je makan . hehe . Haa! ni lah pic kita orang tu time beli kek . hehe *Sempat lagi ber SNAP SNAP . haha.

So , Lastly kami pun balik lah . hehe Wait ! sebelum tu nak ceta dulu sal kek tu cam na sampai ke orangnya . Okey , First . nak bagi suprise kat dia . Lastly tak jadi . So, hampelah jawapnya.. alala~
But , never mind . Malam tu ada juak dorang buat celebrate menyalakan lilin kat atas cake itu . mmm..Walaupun tiada nya diri saya but im still feel saya ada kat sana cuz u know why ? ni ahh .. si adik yatiey kite tag kite kat FB siap bagi gambor besar lagi ni ahh.. nak tengok ? ni dia .. huhu

Jap ! sat nak nyanyi lagu Besday ni . Jom ramai ramai nyanyi ..

Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to You Bam2 ncem
Happy Birthday to You!!!

Yeah! Papp Papp Papp . 
Tiup lilin nya Tuip lilinya Tiup lilinya sekarang ...
Cepat ! 

Yeeyeye ... Happy Bufday Bam ! Semoge you handsomeboy selalu . Auw~
*merapu ntah ape ..

k.lah sampai sini sak lah coleteh saya . k bye bye charming charming !
see u ..


Thanks Baca Sini -,-'



11 November 2012

Happy Anniversary UKM !


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this 

[mungkin mengambil masa 19 minit 9 saat untuk baca entri ni]

yuhuu.. hye guys . uhh . hari ni 11.11.2012 right ? mm.. cam ada sak tak kena tarikh ni . cool sangat tarikhnya kan. double-2 lagi tu no dia. huhu ! yesterday pun still same . 10.11.12 wah!so sweettt . hehe ;D . 
whatever, memang smart giler lah kedua dua tarikh ni ;D 
Okay straight to the point. hari ni kan kalau korang nak tahu lah. (aku tk paksa pun if tk nak tahu). hihi! mm.. nak tahu juga , okey ! hari ni adalah hari anniversary kitaorg . (budak budak five UKM SMK KUNAK SABAH 2011-2012). seh ! macam anniversary kahwin pula nye ye . kikiki~ 
Alright . Actually , hari ni kitaorang nak buat reunion but tak tahu lah kalau menjadi. cuz , today i tak dapat ikut dengan member member UKM ni and ramai juga yang tak dapat ikut . ala , u know lah kan as usual budak budak lepasan SPM mesti alami perkara ni  *masing masing dah bawa haluan sendiri* right ? ada yang dah belajar p jauh jauh . p kerja . bzy memanjang dan sewaktu dengannya . hihi . 
Okay . continue to anniversary story . actually anniversary kitaorang ni ada sweet moments lah kunun . key , kisah disebalik sweet moments ni lah kan , sebenarnya pada tahun lepas 11.11.11 ni kitaorang ada buat celebrate lah.*kununnya tarikh tuh di ambil sebab smart . hihi . double-2 lah kunun . nak tahu siapa yang bagi idea ni ? haa .. kak JACK kita orang lah . siapa lagi ? memang tak dinafikan lah kak JACK kita orang ni lah yang rajin buat celebrate untuk class . harapkan kami yang lain lain ni . jangan haraplah ye. (sibuk memanjang lah kunuk) . apa tak ye .. celebrate yang kami duk nak buat tu dah nak dekat dah SPM . if i tak salah lah kan ? 3 hari sebelum SPM 2011 bermula kami sempat lagi tau buat celebrate UKM ni . Tak Hairan ke ? Semua orang kalau nak exam SPM mesti da sibuk belajar , duk memanjang menghadap buku , kertas kertas soalan tu tak lari dari tangan and etc . Yang kami ni pula , bukan main lagi oww pigi buat celebrate , berseronok seronok bukan main , sempat lagi buat nakal , enjoy mengilak . mm.. entahlah .. tak lah i nafikan . Dah tuh prinsip kami seclass kan ? *biar nakal asal berakal* . jyeahh//
Alright , 11.11.11 kami buat celebrate kat yaaa itu dia HAMPILAN KUNAK SABAH . kikikiki~ nak tahu tempatnye kat mana ? sila tengok gambar kat bawah ni ahh .

( abaikan orang orang yang ada kat pondok tuh . menyemak sak . haha . )

Cantik tak cantik tak tempatnye ? hihi . idea siapa juga nak g tempat ni? of course lh idea si mck kerepot . khakhakha . tak lah . ni atas persetujuan semua Member UKM. Lagi pun , tempat ni tak lah jauh sangat dari kunak cuz tempat ni area area Pekan kunak juga cuma ni tempat kampung lah pula nya hihi .

By the way , saya nak cerita ni ah sikit tentang hari tersebut. 10-11.11.11. Seingat saya lah kan.. pagi tu, kami ada buat events di sekolah kununnya celebrate untuk perpisahan class . 

First , kami nak buat sendiri kat class . Suddenly , kena buat sekali dengan kakak2 form 6 . So, bergabunglah nampaknya . hihi . but walaupun bergabung tapi tetap sangat sangat best time tuh . Jap ! nak upload pic luk . 

ahhh !
ni lah pic pic kita orang time buat jamuan tuh . 
Ladies UKM 2011-2012 yang super a w e s o m e and c u t e !
abaikan SNAP kami yang banyak buat peace tuh . hihi .
yang penting mukak tuh happy happy semua .

Hero UKM 2011-2012 yang super b e s t and f u n n y !
 (terutama si pudin and jumardi -plezlah ya.)

kami yang sedang menunggu untuk makan . haha . (kelaparan) ciannyaa..

di antara cikgu cikgu yang menghadiri jamuan di class kami . huhu .
ramai tak ? ramai tak ?

abaikan mukak si awal yang burok itu . huhu
btw, sweet pic ni ! suka suka suka .

begnilah suasana jamuan itu. sesak macam pasar ikan. haha


Okey After that , kami pun kemas kemas lah apa yang patut . huhuhu . cuz , party dah end! kuikuikui~

11 November 2011 - Jumaat (11.11.11) 

Well , Tomorrownya pula as usual kami pergi ke class .  nak jmpa buat kali terakhir . tahu tak ? hari tu lah hari yang paling bermakna buat member member UKM ni . Why ? ahh.. cuz , yang time afternoon tu kan ? semua pelajar dah balik dengan hati yang berbunga bunga *sebab dah cuti panjang katakan. Tinggallah kami yang budak seclass ni tak balik di sebabkan nak tunggu seseorang ? haa ! siapa itu ? yeah . jeng jeng jeng ! cikgu siti sundari kami yang sangat sangat lawa+cute+cantik ini . cikgu ni lah guru kelas kami dari start kami jejak UKM hinggalah berakhir . banyak sangat kenangan yang tercipta bersama cikgu ni tau ! susah senang tetap bersama dia . Walaupun kekadang ada yang pahit dan ada yang manis . hehe . 

Key, berbalik pada part tadi kan ? setibanya cikgu siti ni kat class kami pun ramai ramai lah nak buat suprise dengan dia . SNAP SNAP dengan dia. minta restu dengan dia. and yang paling menghangatkan lagi kami beramai ramai nyanyi lagu tema class dan bersama cikgu siti. sehinggalah pada saat tu cikgu siti terharu dengan sentuhan lagu tu. ala.. mana tak ye lagu tu memang super best giler bila dengar. hehe. seterusnya, cikgu siti pun mengucapkan terima kasih dan memberikan kata kata nasihat dan semangat yang sangat bermakna pada kami juga meminta maaf jika ada salah dan silap yang tersengaja terbuat. 

Okey, lepas sak dating dengan cikgu siti kami tak balik lagi tau ! masih still kat class. nak tahu apa kami buat?ahh! kami bermaaf-maafan *maklumlah nak raya dah. muehehe. setiap org kena prgi depan utk meluahkan segala yg trpendam. selepas tu, semua nangis cian ! sungguh memilukanlah apa taknya kan selepas hari tu maybe kami tak boleh berjumpa dah kembali kecuali masa dan takdir menentukan. ;'( . key ! selepas nangis,..


tadaaa! kami semua senyum kembali walaupun dalam hati tu masih ada rasa ketulan ketulan kesedihan. haha. 

Okey, pada petang tu pula seperti yang i cakap tadi kami pergi ke Hampiran Kunak. makan makan and mandi mandi kat sana. hehew. nak tahu cam na suasana nya ? 

ah! tengok pic kat bawa ni.
look ! banyak fesyen kan?ada yang macam artis. ada yang macam budak korea. ada yang macam mamak-2 mak cik mak cik nenek-2 and sewaktu dengannya. hehe . Time ni kami tak banyak bersnap. maklumlah semua orang rasa best mandi makan makan kek coklat putu ikan panggang sagol. sampai sampai tak da masa nak tangkap gambar. hihi. whatever memang sangat best lah ! sampai tak tau nak cakap apa dah. semua da tak malu malu . siap main suap suap makanan lagi . main tolak tolak ke air laut lagi . etc.

Okey , dah selesai pun cerita tentang kisah disebalik anniversary UKM ni. beh!penat dah ni. key , saya akhiri entry ni dengan sebuah lagu kenangan UKM yang super awesome ! diharap dengan lagu ciptaan Encik Pudin Dinz ini . Kita tetap bersatu hati meskipun berjauhan raga. Kan kita semua ni seperti adik beranak right? auww! miss u a lot dear's! love u so damn! .

For me UKM is the best and awesome ! semua memory di UKM tetap tersemat di hati. 
Okey ! Jom layan lagu ni ! (Specially Thanks For Hafiz cuz Upload Kat YT)
Pada Tahun ini
Adalah kali terakhir kami bersekolah..
Di Smk Kunak

Kali terakhir juga
Kami belajar di 5 UKM
iaitu kelas yang keempat..

Dan sudah banyak kenangan 
di kelas UKM
yang tak dapat dilupakan
dari tahun lalu
Dan kami semuanya seperti adik beradik..

Adakah kami ini akan berjumpa lagi
jika kami sudah lepas SPM
Dan kami berharap akan berjaya..

Terima kasih kepada guruku
yang banyak mengajar kami
sehingga kami menyukai semua subjek
yang diajar..

Oh guruku akan kami ingati jasamu..
Dan akan kami mengingati nasihatmu..
Dan kami akan always loving you..

Semoga Berjumpa Lagi

Tulus ikhlas dariku Sii Langforever. 


26 October 2012

Kisah Si Botak, Si Sopak dan Si Buta...


 
 Assalamualaikum or hello you you....

 
Sayydina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa beliau mendengar
Nabi Muhammad bersabda:

"Sesungguhnya, di kalangan kaum Bani Israil ada tiga orang lelaki, seorang sopak, seorang botak dan seorang lagi buta. Allah hendak menguji mereka lalu Allah menghantar malaikat berjumpa mereka.

 Malaikat itu pergi menemui si sopak lalu bertanya, 'Apakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh si sopak itu, 'Warna kulit yang bagus, kulit yang bersih dan hendaknya sembuhlah penyakit ini yang menyebabkan orang jijik kepada saya.' Malaikat itu pun mengusap kulitnya lalu hilanglah penyakit itu daripada tubuhnya dan digantikan oleh Allah dengan warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat itu bertanya lagi, 'harta yang bagaimanakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh orang itu, 'Unta'. Dia kemudiannya diberi unta yang bunting. Kemudian, malaikat itu berkata, 'Semoga Allah memberkati unta ini untukmu.'

Kemudian malaikat itu pergi menemui si botak dan berkata, 'Apakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh si botak, "Rambut yang bagus dan hendaknya hilang-hilang apa-apa yang menyebabkan orang jijik memandang saya.' malaikat itu pun mengusapnya, lalu lenyaplah botak itu daripada kepalanya dan dia dikurniai rambut yang cantik. Malaikat itu bertanya lagi, 'harta yang bagaimanakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh orang itu, 'Lembu'. Dia kemudian diberi lembu yang bunting. kemudian, malaikat itu berkata, 'Semoga Allah memberkati lembu ini untukmu.'

Terakhir, malaikat itu pergi menemui si buta dan berkata, 'Apakah yang kamu ingini?' Si buta menjawab, "saya mahu Allah mengembalikan penglihatan saya sehingga saya dapat melihat semua orang.' Malaikat itu pun mengusapnya, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Malaikat itu bertanya lagi, "harta yang bagaimanakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh orang itu, 'kambing'. Dia kemudian diberi kambing yang bunting. kemudian malaikat itu berkata, 'Semoga Allah memberkati kambing ini untukmu.'

Unta dan lembu itu melahirkan anak-anaknya, kambing itu pun melahirkan anak-anaknya. Si sopak mempunyai satu lembah yang penuh unta. Si botak mempunyai satu lembah yang penuh lembu. Si buta mempunyai satu lembah yang penuh kambing.

Malaikat itu kemudiannya berjumpa dengan si sopak, tampil dengan wajah seperti orang sopak yang hina dina. Kata malaikat itu, "saya orang miskin dalam perjalanan. Saya tidak mempunyai sebrang sumber rezeki. Hanya Allah yang dapat menyampaikan hajat saya hari ini, dan dengan pertolongan tuan juga. Atas nama Allah yang mengurniakan pada tuan warna yang baik dan kulit yang bagus dan harta yang banyak, sudilah tuan membantu keperluan saya dalam perjalanan ini."

Si sopak itu menjawab, "keperluan saya pun masih banyak lagi." Malaikat itu berkata lagi, "Saya seperti kenal kamu. Bukankah kamu dahulu sakit sopak, sehingga semua orang jijik kepadamu? Bukankah kamu dahulu miskin , kemudian Allah mengurniakan harta kepadamu?". Dijawab oleh si sopak, "Semua harta ini saya warisi daripada datuk nenek saya dan mereka mewarisinya daripada datuk nenek mereka." Kata malaikat itu lagi, "Apabila kamu berdusta dengan apa yang kamu lakukan, Allah akan kembalikanmu kepada keadaan yang asal."

Malaikat itu pergi menemui si botak, tampil dengan wajah seperti orang botak yang hina dina. kemudian dia berkata sebagaimana dia berkata-kata kepada si sopak, tetapi si botak itu pun menolak permintaannya, seperti halnya dengan si sopak dahulu. Akhirnya malaikat itu berkata, "Apabila kamu berdusta dengan apa yang kamu katakan, Allah akan kembalikan kamu kepada keadaanmu yang asal."

Malaikat itu kemudian pergi berjumpa si buta, tampil dengan wajah seperti orang buta yang menyedihkan. Kata malaikat itu, "Saya orang miskin dalam perjalanan. Saya tidak mempunyai sebarang sumber rezeki. Hanya Allah yang dapat menyampaikan hajat saya hari ini dan dengan pertolonggan tuan juga. Atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan tuan, berilah saya seekor kambing untuk kegunaan saya, supaya tercapailah tujuan saya dalam perjalanan ini." Orang itu berkata, "saya dahulu buta, kemudian Allah memulihkan penglihatan saya, maka sebab itu ambillah mana-mana kambing yang tuan mahu dan tinggalkanlah mana-mana yang tuan tidak mahu. Demi Allah, hari ini saya tidak akan menyusahkan urusan tuan dengan apa yang tuan ambil semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah, Tuhan Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

Malaikat itu menjawab, "Simpanlah hartamu, sebab sebenarnya kamu semua diuji, kemudian Allah reda dengan dirimu dan murka kepada dua orang sahabatmu."

(Hadith riwayat Bukhori dan Muslim)


Terima Kasih Sudi Baca Entry ini -.-'