BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

26 June 2012

kutahukuadaMu99



Assalamualaikum or hello to whoever is reading this

Saya kurang pasti mengapa lately ni saya rasa macam tercari-cari apa sebenarnya yang saya mahukan dalam hidup. Ada yang kata mungkin kerana saya mula meningkat dewasa, jadi ianya normal sekiranya kita sudah mula berfikir tentang siapa kita sebenarnya dan siapa kita seperti apa yang kita impikan. Tetapi mungkin juga ada yang kata, *Alaaa berGayak, tak payak nak eksyen matang laaa.* Kau peduli hapa! Heee tak tak, tak baik ckp cam tu.

Bila saya renung-renungkan *dan selamat beramal! aikk siapa sambung tu?! saya sebenarnya mencari sesuatu yang boleh mententeram hati saya yang baru dilanda kekecewaan. Saya baru berusia 18tahun jangka umur pada tahun ni oke, But , saya rasakan macam terlalu banyak perkara yang tak baik telah saya lakukan selama hidup saya di atas muka bumi Allah S.W.T. ini. Penyesalan yang takkan ada penghujungnya. *ayat lagu tu* Tapi kata orang, kalau tak pernah buat salah, kita takkan tahu masa bila kita betul. Oleh itu, saya belajar dari kesalahan dan kesilapan saya sendiri.

Sedang saya mencari-cari sinar terang dalam kegelapan *weewiiit! ayat malatop tu bro! saya terfikir untuk membuat suatu perubahan atau lebih sempurna orang bilang penghijrahan, tapi......... saya takut! Banyak perkara yang saya takut kan tau. Sebelum ni, sometimes juga saya mencuba, tetapi separuh jalan. Mungkin sahaja saya tak cukup kuat menghadapi cabaran dan godaan syaitan. Astaghfirullahhal'ad zim. Dan saya juga kadang kala takut dengan apa yang orang akan cakap tentang diri ini sebelum dan selepas saya berhijrah. Ia membuatkan saya teragak-agak untuk memulakan langkah baru.


Tapi saya percaya, perubahan memerlukan keikhlasan dan ketabahan . Ya, saya akan tabah dan saya mahu! saya tetap mahu berhijrah!  saya akan ikhlas dengan perubahan saya dan ia juga mengambil masa. Ya lah , bak kata orang sekarang *Bukan mudah untuk membuat perubahan yang baik, namun begitu ... saya akan cuba semampu saya.  Biarlah ia bermula dengan sikit sikit.

Perubahan yang drastik selalunya tak abadi. Jd biarlah step by step, insya-Allah berkekalan :) Saya tidak berharap untuk menjadi seorang muslimah yang terlalu taksub terhadap agamanya, nanti lain pulak jadinya, namun cukuplah saya sekadar seseorang wanita yang mencintai Islamnya dan beramal dengan seadanya. Insya-Allah. akan berkekalan . Ameen..


Sebenarnya, saya nak mulakan semula azam saya untuk bertudung yang sebelum ni selalu saja gagal. Kadang kala saya tak bersyukur dengan kelebihan yang Allah dah kurniakan kepada saya. Selalu nak nampak cantik macam orang lain. Saya selalu sahaja lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan kepada saya. *Oh no, saya mula rasa nak menangis je. Jangan cengeng sangat Zila ! *kata kata pudin -member UKM yang masih terngiang di telingaku ini . Dan sekarang saya telah mulakan azam saya yang nak BERHIJRAH . *nak nengok ... nih dia.........



Alhamdulillah, saya sedar walaupun saya tak cantik atau jelita, tapi cukup sempurna segala anggota dan boleh berfungsi dengan baik. Thank you Allah :) Sy takut akan ada org org yg akan mempertikaikan perubahan saya. Saya takut mereka akan ckp "alaaa si lang tu dulu bukan main sexy lg, sekarang bajet alim pulak." Sy takuuuut :( Alhamdulillah, para para BFF sy byk membantu.

Especially Thanks For Aema , Liza  dan yang lainnya. Sebenarnya anda berdua banyak memberi semangat dan motivasi dengan saya, tapi saya je rasa malu nak luahkan. *saya betul2 nak menangis ni* Saya sangat selesa dengan mereka berdua, dan apa yang mereka lakukan banyak menyedarkan saya betapa indahnya memahami Islam. *Allahu Akbar, tak layaknya saya bercakap macam ni*

Now, Saya mula belajar untuk menjaga solat saya, sebab saya selalu ingatkan diri kenit ini, *Lang dah besar panjang gemuk, takkan solat pun tinggal lagi? Selama ni saya sedar, tapi sering saya lupa dan tak ambil peduli bahawa tiada cinta yang lebih indah selain dari Allah yang Maha Berkuasa. Setiap perpisahan pasti ada hikmah begitu juga kegagalan. Jika kita dipisahkan dengan sesuatu, adakah kita akan lupa kepada-Nya? Jika kita gagal, adakah kita masih terus berusaha dan yakin kepada-Nya?

Saya berdoa kepada Allah S.W.T. agar ikhlaskan dan tabahkan hati saya ini serta dekatkan saya dengan orang-orang yang mampu membimbing saya, agar usaha perubahan saya kali ini tak akan gagal lagi seperti sebelumnya. Insya - Allah. Ameen -,-'



P/s : Maaf ye kali ni saya terlalu emosi. Bukannya pa , saya baru nak berhijrah dan saya nak luhkan isi hati yang tersirat . Kalau ada yang rasa saya terlalu menunjuk-nunjuk, saya mintak maaf ye. Saya tak berniat pun. Saya Just a sharing session saya kat blog . Sharing is caring kn kn kn ? :)
Tiada Insan yang sempurna selain belajar dari masa lampaunya ... Dan takkan ada insan yang lebih sempurna selain memulakan langkah baru dengan  masa depannya .


Terima Kasih Sudi Baca this Entry  -.-'

0 people yang sweet: