BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 June 2012

Panduan Mengerjakan Solat Setelah Lama Meninggalkannya


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this

Memang tenang dalam hati jika perasaan ingin sembahyang merasuk ke dalam diri . keinsafan yang mula membuak buak di dalam hati membuatkan diri semakin kerdil.  Disini , saya nak kongsikan sedikit tentang panduan mengerjakan solat setelah lama meninggalkannya . Moga dengan panduan ini dapat membantu diri sendiri (saya) dan juga para pembaca. Jom! kita sama sama amalkan . Moga ia bermanfaat .

"In The Nama Of Allah, Most Merciful, Most Benevolent.."




1) KESEDARAN amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.


2) AZAM Sebaik sahaja kesedaran wujud, tanamkan Azam yang kuat dan bulat kan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.


3) SOLAT SEKALI dahulu, baru akan ada yang keduanya. Ini adalah langkah pertama.. INGAT! Tiada solat kedua tanpa solat pertama dan seterusnya.

4) NOTA MOTIVASI. Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat.

5) FAHAMI MAKSUD bacaan dalam solat. Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.

6) JANGAN TERGESA-GESA dalam solat. Sebaliknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nimat sujud dan rukuk dalam solat.

7) TINGKATKAN IMAGINASI. Semasa solat ,bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan sedemikian, maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.


8) USAHA DAN DOA perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk melakukan solat secara konsisten.

9) RASAI KETENANGAN. Cuba perhatikan hari-hari yang anda telah lalui dengan mengerjakan solat. Adakah anda rasakan sesuatu ketenangan?

10) RASAKAN KEAJAIBAN panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwudhuk. Berbahagialah dengan panggilan solat tersebut.

11) BERFIKIR SECARA POSITIF. Jangan sesekali berfikir bahawa solat akan menghadkan masa anda bekerja, menghalang anda dari bersosial bersama rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi factor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan.

12) DAPATKAN SOKONGAN mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang kearah sesuatu yang diidamkan.

13) SETIAP PERKARA pasti ada musuhnya. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab

itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.

14) BANYAKKAN BAHAN BACAAN tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.

#sekadar berkongsi Ilmu yang di pelajari..
#credit to Majalah Solusi. ^__^.


Terima Kasih Sudi Baca Entry ini -.-'

26 June 2012

kutahukuadaMu99



Assalamualaikum or hello to whoever is reading this

Saya kurang pasti mengapa lately ni saya rasa macam tercari-cari apa sebenarnya yang saya mahukan dalam hidup. Ada yang kata mungkin kerana saya mula meningkat dewasa, jadi ianya normal sekiranya kita sudah mula berfikir tentang siapa kita sebenarnya dan siapa kita seperti apa yang kita impikan. Tetapi mungkin juga ada yang kata, *Alaaa berGayak, tak payak nak eksyen matang laaa.* Kau peduli hapa! Heee tak tak, tak baik ckp cam tu.

Bila saya renung-renungkan *dan selamat beramal! aikk siapa sambung tu?! saya sebenarnya mencari sesuatu yang boleh mententeram hati saya yang baru dilanda kekecewaan. Saya baru berusia 18tahun jangka umur pada tahun ni oke, But , saya rasakan macam terlalu banyak perkara yang tak baik telah saya lakukan selama hidup saya di atas muka bumi Allah S.W.T. ini. Penyesalan yang takkan ada penghujungnya. *ayat lagu tu* Tapi kata orang, kalau tak pernah buat salah, kita takkan tahu masa bila kita betul. Oleh itu, saya belajar dari kesalahan dan kesilapan saya sendiri.

Sedang saya mencari-cari sinar terang dalam kegelapan *weewiiit! ayat malatop tu bro! saya terfikir untuk membuat suatu perubahan atau lebih sempurna orang bilang penghijrahan, tapi......... saya takut! Banyak perkara yang saya takut kan tau. Sebelum ni, sometimes juga saya mencuba, tetapi separuh jalan. Mungkin sahaja saya tak cukup kuat menghadapi cabaran dan godaan syaitan. Astaghfirullahhal'ad zim. Dan saya juga kadang kala takut dengan apa yang orang akan cakap tentang diri ini sebelum dan selepas saya berhijrah. Ia membuatkan saya teragak-agak untuk memulakan langkah baru.


Tapi saya percaya, perubahan memerlukan keikhlasan dan ketabahan . Ya, saya akan tabah dan saya mahu! saya tetap mahu berhijrah!  saya akan ikhlas dengan perubahan saya dan ia juga mengambil masa. Ya lah , bak kata orang sekarang *Bukan mudah untuk membuat perubahan yang baik, namun begitu ... saya akan cuba semampu saya.  Biarlah ia bermula dengan sikit sikit.

Perubahan yang drastik selalunya tak abadi. Jd biarlah step by step, insya-Allah berkekalan :) Saya tidak berharap untuk menjadi seorang muslimah yang terlalu taksub terhadap agamanya, nanti lain pulak jadinya, namun cukuplah saya sekadar seseorang wanita yang mencintai Islamnya dan beramal dengan seadanya. Insya-Allah. akan berkekalan . Ameen..


Sebenarnya, saya nak mulakan semula azam saya untuk bertudung yang sebelum ni selalu saja gagal. Kadang kala saya tak bersyukur dengan kelebihan yang Allah dah kurniakan kepada saya. Selalu nak nampak cantik macam orang lain. Saya selalu sahaja lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan kepada saya. *Oh no, saya mula rasa nak menangis je. Jangan cengeng sangat Zila ! *kata kata pudin -member UKM yang masih terngiang di telingaku ini . Dan sekarang saya telah mulakan azam saya yang nak BERHIJRAH . *nak nengok ... nih dia.........



Alhamdulillah, saya sedar walaupun saya tak cantik atau jelita, tapi cukup sempurna segala anggota dan boleh berfungsi dengan baik. Thank you Allah :) Sy takut akan ada org org yg akan mempertikaikan perubahan saya. Saya takut mereka akan ckp "alaaa si lang tu dulu bukan main sexy lg, sekarang bajet alim pulak." Sy takuuuut :( Alhamdulillah, para para BFF sy byk membantu.

Especially Thanks For Aema , Liza  dan yang lainnya. Sebenarnya anda berdua banyak memberi semangat dan motivasi dengan saya, tapi saya je rasa malu nak luahkan. *saya betul2 nak menangis ni* Saya sangat selesa dengan mereka berdua, dan apa yang mereka lakukan banyak menyedarkan saya betapa indahnya memahami Islam. *Allahu Akbar, tak layaknya saya bercakap macam ni*

Now, Saya mula belajar untuk menjaga solat saya, sebab saya selalu ingatkan diri kenit ini, *Lang dah besar panjang gemuk, takkan solat pun tinggal lagi? Selama ni saya sedar, tapi sering saya lupa dan tak ambil peduli bahawa tiada cinta yang lebih indah selain dari Allah yang Maha Berkuasa. Setiap perpisahan pasti ada hikmah begitu juga kegagalan. Jika kita dipisahkan dengan sesuatu, adakah kita akan lupa kepada-Nya? Jika kita gagal, adakah kita masih terus berusaha dan yakin kepada-Nya?

Saya berdoa kepada Allah S.W.T. agar ikhlaskan dan tabahkan hati saya ini serta dekatkan saya dengan orang-orang yang mampu membimbing saya, agar usaha perubahan saya kali ini tak akan gagal lagi seperti sebelumnya. Insya - Allah. Ameen -,-'



P/s : Maaf ye kali ni saya terlalu emosi. Bukannya pa , saya baru nak berhijrah dan saya nak luhkan isi hati yang tersirat . Kalau ada yang rasa saya terlalu menunjuk-nunjuk, saya mintak maaf ye. Saya tak berniat pun. Saya Just a sharing session saya kat blog . Sharing is caring kn kn kn ? :)
Tiada Insan yang sempurna selain belajar dari masa lampaunya ... Dan takkan ada insan yang lebih sempurna selain memulakan langkah baru dengan  masa depannya .


Terima Kasih Sudi Baca this Entry  -.-'

22 June 2012

Last Time Menjadi pelajar UKM



Assalamualaikum or hello to whoever is reading this ♥


Alaaa, rindunya nak sekolah balik, kalau lah boleh di undur masa itu, rasa ingin sangat balik macam dari sekolah macam dulu Tapi apakan daya dah last time jadi budak pelajar ya ! apa boleh buat lah ?

So, korang yang adik adik yang nak gred dah dari sekolah menengah sila dengar pesan akak sorang nih yer, * Tolonglah dan silalah anda merasai secukup2nya jadi pelajar yang berjaya sebab rugi tau korang kalau tak jadi pelajar yang baik dan berjaya sebab korang juga yang akan rasa menyesal ibarat macam nih

*eh, kenapa lah aku tak belajar sungguh kan dulu, kalau tak aku dah jadi doktor ?

Eh lupa pulak dah dengan tajuk kat atas, hehe so, jom korang tengok gegambar nih erk ?




Tulus ikhlas dari seorang pelajar kecik 5Ukm Smk kunak 2011
Norazilah Abdullah


20 June 2012

Miss Someone


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this 

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :


✿ܓ "Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..



✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..


p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

Terima Kasih Sudi Baca Entry ini -.-'

06 June 2012

Im back people :D


Assalamualaikum or hello korang semua
*No edited Oke ?*

Nama : Norazilah Bt Abdullah (nama diberi)
D.O.B : 20 December 1994 (18th)
Asal : Kunak Sabah 

Oh hai hai para readers :D . Im New in Blogspot! (sebenarnya x pon) Ni blog ke tiga saya lah... saya tutup blog kedua dan pertama sebabbbb.... mmm tak ya cetalah ...So! AtLast ,saya terdorong juga untuk menjadi seorang blogger semula setelah men'delete' blog yang lama atau yang kedua.Penglibatan saya nak kembali menjadi blogger ini disebabkan pengaruh seorang kanak kanak yang comel itu yang selalu meng'update' blognya. membuatkan saya semakin tercabar + tercabar + tercabar . HAHAHA Dan dari situ,saya berminat dan semakin berminat untuk share apa yang patut di'share' ya ... sharing is caring rite ?.Oh yea,i admin and 1 point yang korang kena ingat saya bukan org yg rajin meng'update' blog. Forsure,anda akan sangat sangat bosan utk membaca blog saya.Jika perkara sedemikian berlaku,jgn baca blog ini lg (kejam nia) :D . Whatever ,  hope korang semua boleh FOLLOW saya oke! Hope ccangat niyh . muehehehe. Thank You.


 much love <3

Terima Kasih Sudi Baca Entry ini -.-'