BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 June 2012

Panduan Mengerjakan Solat Setelah Lama Meninggalkannya


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this

Memang tenang dalam hati jika perasaan ingin sembahyang merasuk ke dalam diri . keinsafan yang mula membuak buak di dalam hati membuatkan diri semakin kerdil.  Disini , saya nak kongsikan sedikit tentang panduan mengerjakan solat setelah lama meninggalkannya . Moga dengan panduan ini dapat membantu diri sendiri (saya) dan juga para pembaca. Jom! kita sama sama amalkan . Moga ia bermanfaat .

"In The Nama Of Allah, Most Merciful, Most Benevolent.."




1) KESEDARAN amat penting sebagai mukadimah untuk kembali mengerjakan solat secara konsisten. Kesedaran lahir dari hati yang masih ingin berubah demi kesejahteraan dunia dan akhirat.


2) AZAM Sebaik sahaja kesedaran wujud, tanamkan Azam yang kuat dan bulat kan tekad untuk mengerjakan solat secara konsisten. Sekarang anda tahu apa sasaran anda.


3) SOLAT SEKALI dahulu, baru akan ada yang keduanya. Ini adalah langkah pertama.. INGAT! Tiada solat kedua tanpa solat pertama dan seterusnya.

4) NOTA MOTIVASI. Andai ada kata-kata semangat yang diilhamkan dalam minda dan hati, atau kata-kata motivasi daripada sesiapa jua yang boleh menghalang azam untuk kembali solat daripada terkubur, maka buatlah satu nota motivasi dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat.

5) FAHAMI MAKSUD bacaan dalam solat. Ini amat penting bagi merasakan kemanisan dalam solat. Kemanisan ini yang diharapkan akan menjadi satu ketagihan.

6) JANGAN TERGESA-GESA dalam solat. Sebaliknya bersederhanalah dan ambillah sedikit masa untuk menghayati bacaan dan merasai nimat sujud dan rukuk dalam solat.

7) TINGKATKAN IMAGINASI. Semasa solat ,bayangkan bahawa anda sedang menghadap Allah secara langsung tanpa sebarang tabir yang menghalang. Andai tidak mampu melakukan sedemikian, maka anggaplah bahawa Allah sedang melihat kamu.


8) USAHA DAN DOA perlu seiring. Kita sebagai manusia yang sering terdedah dengan pelbagai ujian dan godaan amat memerlukan kekuatan untuk melawan semua godaan tersebut. Maka berdoalah mohon diberikan kekuatan untuk melakukan solat secara konsisten.

9) RASAI KETENANGAN. Cuba perhatikan hari-hari yang anda telah lalui dengan mengerjakan solat. Adakah anda rasakan sesuatu ketenangan?

10) RASAKAN KEAJAIBAN panggilan azan dengan diam sejenak dan hayati laungan keramat tersebut. Seterusnya lantas bangun dan berwudhuk. Berbahagialah dengan panggilan solat tersebut.

11) BERFIKIR SECARA POSITIF. Jangan sesekali berfikir bahawa solat akan menghadkan masa anda bekerja, menghalang anda dari bersosial bersama rakan-rakan dan sebagainya. Sebaliknya ia menjadi factor kejayaan anda. Marilah menuju kejayaan.

12) DAPATKAN SOKONGAN mental dan rohani dengan memberitahu rakan-rakan atau keluarga bahawa anda ingin konsisten mengerjakan solat. Moga mereka dapat menyumbang kearah sesuatu yang diidamkan.

13) SETIAP PERKARA pasti ada musuhnya. Musuh solat ialah nafsu dan syaitan. Oleh sebab

itu, lawanlah rasa malas yang berakarkan nafsu dan godaan syaitan terkutuk.

14) BANYAKKAN BAHAN BACAAN tentang solat bagi memastikan anda mempunyai ilmu yang sentiasa dikemas kini agar iman senang bercambah. Amal tanpa ilmu boleh layu akibat gersang akal tanpa ilmu.

#sekadar berkongsi Ilmu yang di pelajari..
#credit to Majalah Solusi. ^__^.


Terima Kasih Sudi Baca Entry ini -.-'