BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

19 July 2012

Cemburu Profesional


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this 


Disaat perasaan cemburu datang ? apakah yang anda akan lakukan ? mesti ada yang tak tahan terutamanya wanita kan ? ada yang rasa tak puas hati dalam diri rite ? ada pula yang melakukan perkara di luar jangkauan dan ada pula yang sanggup senyap seribu bahasa tapi dalam hati Allah S.W.T. sahaja yang tahu . So , dengan ini nak kongsikan sedikit tentang cara cemburu yang profesional. *ye lah kan ? kalau nak cemburu tu cover lah sikit bro. tunjukkan ego sikit , kan kadang ego tu penting juga dalam hidup. Jadi, Dengan ini saya mengambil kisah disebalik isteri Rasulullah iaitu "Aisyah" yang cemburu secara profesional terhadap Isteri pertama Rasulullah "Siti Khadijah". 


Dari Abu Hurairahm Aisyah berkata :

“Aku tidak pernah merasa cemburu kepada seorang wanita sebesar rasa cemburuku pada Khadijah. Aku tidak pernah melihatnya, tetapi Rasulullah sering menyebut dan mengingatnya.

Ketika menyembelih seekor kambing, beliau selalu memotong sebagian dagingnya dan menghadiahkannya kepada sahabat-sahabat Khadijah.

Aku pernah berkata kepada Rasulullah, ‘Seperti tidak ada wanita lain di dunia ini selain Khadijah’.

Rasulullah menjawab, ‘Khadijah itu begini dan begitu, dan dari dialah aku memperoleh anak’.”
(HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Baghawi)

Subhanallah, begitu detail Aisyah, istri Rasulullah yang jelita menceritakan rasa cemburunya. Dan itu diungkapkannya kepada semua orang yang berniat mendengarkan kisah tauladan dan perasaan yang dialami Aisyah. Demikian indah beliau menggambarkan perasaannya yang secara fitrah pasti tidak enak.

Bagaimana bisa seorang wanita menceritakan rasa cemburunya, yang secara jujur pasti menyakitkan dan membuat hati serasa teriris pisau.

Namun Aisyah dengan cara yang sangat professional ternyata mampu mengatasi itu semua serta menceritakan semua kejadian dan perasaan yang dialaminya untuk dijadikan ibrah atau pelajaran bagi siapa saja yang mendengarkan bahkan sampai beratus tahun kemudian.

Aisyah akan terus bercerita tentang kisah hidup rumah tangganya berulang kali sampai sekarang, seakan-akan apa yang dialami oleh beliau baru beberapa hari yang lalu terjadi. Sehingga kitapun seakan hadir pada waktu peristiwa itu terjadi.

Aisyah demikian profesional dalam menjalankan tanggung jawab sebagai istri terdekat Rasul. Aisyah mampu mengelola rasa cemburunya sehingga rasa cemburu itu dikemas dengan indah sehingga menjadi cemburu yang profesional.


Sanggupkah kita memiliki CEMBURU yang PROFESIONAL? yaitu cemburu namun tetap professional, tidak menyakiti diri sendiri, tidak kekanak-kanakan, mencelakan orang lain, marah marah tidak karuan, uring uringan berbulan bulan, cemberut serta negative thinking.

Walau cemburu, tetap melakukan tugas dan tanggung jawab dengan baik tanpa terganggu oleh rasa cemburu itu. Tetap tabah dan sabar dan tetap beribadah serta melakukan tugas sebagai istri dengan ikhlas secara profesional sehingga cemburu tidak mengganggu kerja dan ibadah kita.

Ya, hanya KEIMANAN YANG TINGGILAH yang mampu membuat kita memiliki kepandaian untuk mengelola rasa cemburu sehingga menjadi cemburu yang profesional .

P/S : So, apa lagi . jom kita sama sama gunakan cemburu tapi biarlah secara profesional . 


Terima Kasih Sudi Baca^^

18 July 2012

Pelajar dan Facebook


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this 


Menuju Point di Atas ....

FACEBOOK merupakan laman web sosial yang mula diwujudkan pada 2004. Sehingga kini, Facebook sudah menjadi antara laman web yang terpenting di alam cyber. Di seluruh dunia, terdapat lebih 500 juta orang pengguna Facebook. Dan agarannya lebih 10% penduduk dunia mempunyai akaun Facebook. Sebagai pelajar, bagaimanakah cara kita menggunakan Facebook untuk membantu pembelajaran?? ah... disini kupukupupink nak kongsikan sedikit tentang TIPS TIPS pelajar dalam menggunakan FACEBOOK secara rasional . ok , lets go ...

ANTARA BEBERAPA TIPS !

TIPS 1- MENGIKUTI PERKEMBANGAN TEMAN
Facebook memudahkan anda mengikuti setiap perkembangan teman teman anda dengan melihat apa yang mereka terbitkan di ruang “status ”. cuba pilih teman yang Berjaya dalam pelajaran, memperoleh markah yang baik dan kedudukan yang tinggi dalam peperiksaan, kemudian ikuti status harian mereka. Pelajar yang cemerlang akan memberikan anda motivasi untuk saling berlumba mencapai kecemerlangan. Ajak teman teman terdekat menerbitkan status yang saling memberikan motivasi, tentang pelajaran yang diulang kaji, markah latih tubi atau buku yang selesai dibaca.

TIPS 2- MENGUATKAN PEMAHAMAN MELALUI GAMBAR DAN VIDEO
Antara kemudahan Facebook yang paling popular ialah aplikasi menerbitkan gambar dan video. Setiap hari lebih 100 juta gambar dan video dimuat naik ke Facebook. Aplikasi gambar dan video tersebut sangat berguna untuk memahami pembelajaran. Anda boleh memuat naik gambar rajah, carta, peta minda, atau apa apa sahaja yang boleh dikongsi bersama-sama teman sekolah. Gunakan kemudahan pelabelan untuk  melabel gambar serta carta. Video demonstrasi pelajaran atau dokumentari juga boleh dikongsi. Usah menggunakan aplikasi gambar dan video di Facebook hanya untuk berseronok sahaja.

TIPS 3- MEWUJUDKAN KUMPULAN BELAJAR
Anda boleh mencipta kumpulan belajar dengan mengumpulkan rakan rakan anda di Facebook. Terdapat aplikasi mewujudkan kumpulan di Facebook, tempat untuk anda dan rakan rakan berbincang, berkongsi laman web dan video, menerbitkan foto dan sebagainya. Kumpulan ini akan memudahkan anda mengikuti perkembangan rakan kumpulan belajar anda serta berkongsi maklumat serta pembelajaran bersama sama mereka.

TIPS 4- MENGATUR PERBINCANGAN
Aplikasi dipanggil “Events” di Facebook boleh digunakan untuk mengatur sesi belajar berkumpulan. Anda hanya perlu menentukan tempat, masa, serta topik pelajaran yang mahu diperbincangkan. Facebook akan menghantar emel jemputan kepada rakan rakan yang anda pilih sebelum acara dimulakan. Sediakan keperluan untuk perbincangan anda juga boleh berbincang secara maya tentang pelajaran di ruang “Events” tersebut. Melalui cara ini, mudah untuk anda mengatur acara ilmiah dan memantau perkembangan acara tersebut.

TIPS 5- MENYOAL GURU DAN TEMAN
Banyak guru yang mempunyai akaun Facebook yang membantu interaksi antara guru dengan pelajar. Tanyalah cikgu anda jika ada mata pelajaran yang tidak difahami di dalam kelas. Kadangkala, ada pelajar berasa malu untuk bertanyakan guru secara berdepan di bilik darjah. Oleh hal itu, menyoal dalam Facebook adalah lebih peribadi. Pelajar berasa mudah untuk meluahkan soalan tanpa segan. Selain guru, anda boleh bertanyakan soalan kepada teman teman. Gunakan ruang mesej atau sembang jika mahu berinteraksi secara langsung.

TIPS 6- MENGGUNAKAN APLIKASI PIHAK KETIGA 
SALAH SATU KELEBIHAN Facebook ialah wujudnya ratusan aplikasi pihak ketiga yang dicipta khas untuk laman web tersebut. Banyak aplikasi yang sangat bermanfaat untuk pembelajaran.  Contohnya, aplikasi “Visual Bookshelf” dan “Goodreads” berguna untuk merekodkan pembacaan anda serta buku buku kegemaran anda dan rakan rakan. Aplikasi “FlashCards” dan “ClassNotes” membantu ulang kaji. “HeyMath!” dan “Supercool School” menyimpan nota nota pelajaran. Selain itu, terdapat banyak permainan atas talian yang boleh membantu perbendaharaan kata seperti “Scrabble Online”  dan “Bubble Words” atau permainan IQ seperti “Fun Trivia” dan “IQ Test”.
          
Actually , Banyak sungguh manfaat Facebook, tetapi anda harus bijak menapis dan menggunakan yang baik dan berguna, serta mengetepikan apa apa yang membazir masa dan melekakan rite ? so, jom kita ikut tips di atas itu .

Sumber Rujukan : Dewan Siswa Oleh IKHWAN ASSAFA.