BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

16 August 2012

‎13 Tips Perkahwinan

Assalamualaikum or hello to whoever is reading this 


13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus . wah ! entri kali ni cerita sal kahwin kahwin noo..nak kahwin ke ? hehe . tak lah . saje je ni .  kot kot untuk persiapan haha. *tak... just nak kongsikan ilmu dar Ustaz Azhar Idrus . Hope ccgt korang yang baca ni ambil renungkan and amalkan . sehmen ! hehe . k. lah jom sama sama kita baca .

http://3.bp.blogspot.com/-P0Rusf6QbLo/UIaBcH5rlcI/AAAAAAAAAlM/ubTTRyipW-w/s1600/nikah.jpeg

 1. KETIKA MENCARI CALON :  
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR :  
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH :  
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN :  
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA : 
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : 
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.


7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : 
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : 
Cintailah isteri atau suami anda 100%


9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : 
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : 
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri. 


11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : 
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.


12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : 
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI :  
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.



Terima Kasih Sudi Baca Entry ini -.-'

1 people yang sweet:

sha my heart said...

pesanan yang bagus =)