BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

04 September 2012

Cerpen: Rahmat Ujian



Assalamualaikum or hello to whoever is reading this

Pernahkah anda rasa terlalu marah? saat kemarahan menguasai diri, hanya satu yang kita fikirkan.melepaskannya, dan menyalahkan orang lain. bukankah itu bererti kita menyalahkan Sang Pencipta? pernahkah kita melihat hikmah disebalik musibah yang menimpa kita itu?  kali ini saya kongsikan satu cerpen untuk kita semua renung kembali, adakah kita pernah melihat hikmah disebalik semua yang terjadi kepada kita?

http://4.bp.blogspot.com/-iDoJJp7pUy8/Td8fZjSe-NI/AAAAAAAAAH0/lRBvgly_Xgo/s1600/3551378730_ed0bea7314.jpg

CERPEN: Rahmat ujian....

Matahari tegak menyinari fatamorgana bumi. Tasbih, tahmid dan kalimah Allah memenuhi ruang udara. Awan bergarak menurut sunatullah. Membuktikan kekuasaan Yang Maha Mencipta.

Bunyi menetap papan kekunci memecahkan kesunyian. Semakin lama semakin laju. Kadang terdengar bunyi seseorang sedang bermonolog sendirian. Di skrin terpapar sebuah esei panjang yang sedang ditaip.

“Hasil kajian telah membuktikan bahawa insitusi pentadbiran ialah satu organisasi yang mana semua urusan pentadbiran berpaksikan kepadanya seperti ekonomi, pendidikan, kebajikan, sosial, dan pengurusan. Kita seharusnya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana......”

‘kena cepat, nak hantar malam ni.’ bisik hati imran.

Masih terngiang-ngiang di telinga imran, kata-kata guru sejarahnya.

*****

Kira-kira 2 jam sebelumnya,

“malam ni cikgu nak buat kerja dekat maktab, nanti kamu bagi lah ye.” Kata cikgu Laila.

“baik, cikgu.” Jawab imran ringkas.

“tapi kenapa kamu nak tergesa-gesa sangat? Kenapa tak buat masa cuti?”

“ada banyak kerja lain lagi untuk cuti saya cikgu.”

“ok cikgu faham. Jangan lupa datang bilik guru ye, nanti cikgu periksa.”

“ok. Terima kasih.

http://1.bp.blogspot.com/-G7_fkQFU2n0/Td8gF9bD-RI/AAAAAAAAAH8/O7B5jYYIptA/s1600/typing.jpg 


Kerja menaip diteruskan. Perhatian maksima diberikan. Tidak ingin ada yang silap, nanti kena buat semula. Rakan-rakan yang berkunjung ke biliknya dilayan sekadar biasa. Tidak disambut dengan gembira pun. Terlalu tekun menaip.

Lebih kurang sejam kemudian,

“huh! Alhamdulillah, siap pun. Penat gila. Yes! Cuti ni aku tak perlu buat kerja sejarah! Horey!”

Dokumen di‘save’. Kemudian komputer riba ditutup. Kaki pantas melangkah ke bilik. Katil menjadi sasaran.

“malam ni, tunjuk dekat cikgu.”

Tanpa disedari, imran terlelap. Tidak lama kemudian, azan yang berkumandang mengejutkan jasadnya yang tertidur.

“astargfirullah! Dah asar! Cepat pergi masjid!”

Masjid menjadi matlamat. Usai solat asar, imran bersiap-siap untuk ke maktab bagi kelas persedian atau ‘prep’ malam. Laptop yang walaupun berat kerana keluaran lama, digagahinya untuk dibawa juga. Semuanya perlu diselesaikan malam itu juga.

Sampai ke kelas, jam menunjukkan pukul 6:50 pm. ‘masih banyak masa, periksa balik tugasan lah’, katanya sendirian. Laptop dibuka.

Anehnya, fail tersebut tidak dapat dibuka.

Error!

folder C:/document and settings/user/kerja sejarah/tugasan2 is not accessible. The file may be corrupted, or have been moved to a new address. Please try again.
[ok]     [details]

“Ya Allah! macam mana ni? err.... cuba try lagi....”

Perkara yang sama dicuba beberapa kali. Namun hasilnya masih sama. Akhirnya imran menekan butang [details]. Jawapannya,

“please run the disk check utility.”

imran pun mematuhi arahannya. ‘disk checking utility’ dibuka

Disk checking utility

Please wait while examining drive C:

recovering files and folder;

recovering orphaned file: C:/document and settings/user/kerja sejarah/tugasan2.docx;

23 minutes remaining......

Jam menunjukkan 7 pm. Setengah jam lagi masuk waktu maghrib.

“alamak! Macam mana ni? ergh.... tunggu je lah.....”

Setengah jam kemudian, setelah dengan penuh sabar menunggu, imran membuka semula fail tersebut dengan harapan fail tersebut dapat digunakan. Namun harapannya jatuh tersungkur melihat satu lagi mesej yang tertera.


“windows cannot open the file. The file is corrupted.”

Dengan mesej itu, kemarahan imran meluak keluar. Dihentamnya meja tempat dia meletak laptopnya.
http://1.bp.blogspot.com/-f3NCm87_pxw/Td8gdcvFsCI/AAAAAAAAAIA/fVFsCVLYwCE/s1600/marah.jpg
“Bam!”

Alat-alat tulisnya jatuh bertaburan. Laptop dimasukkan secara kasar ke dalam beg. Tiba-tiba azan berkumandang.

“ergghh..... buang masa aku je. Baik tak payah buat petang tadi. Buat penat je.”

Langkah diatur menuju masjid.
Allah Maha Pemberi Hidayah. Semasa solat, keinsafan menerjah ke hati imran.


“aduh, kenapa aku tak sabar tadi. Mana tahu ada hikmah di sebalik semua ini.”

Hatinya terus bermuhasabah kerana gagal mengawal kemarahan. Azam ditanam untuk menyelesaikan kerja itu secepat mungkin selepas itu. Usai solat, imran segera menuju ke kelas. Kerja yang gagal tadi perlu dimulakan semula, dan perlu disiapkan segera. ‘Ada lebih kurang 36 minit sebelum isyak. Kena cepat.’ Imran bermonolog sendirian.

Kerja dimulakan semula. Dibuat dengan sepantas mungkin, sambil semampu boleh mengingati ayat-ayat yang digunakan pada petang sebelumnya. 28 minit kemudian, kerja disiapkan. Imran gembira dengan pencapaian barunya itu. Namun ada sesuatu yang mengganggu fikiran imran.

“eh, bukan aku ada buat backup ke fail petang tadi tu?”

Dicarinya fail ‘backup’ tersebut. Dijumpainya semula, dan kali ini tidak pula ‘corrupt’. Kemarahan menyerang sekali lagi. Kali ini, ditahannya sebaik mungkin. Imran cuba meyakinkan diri, setiap ujian ada hikmahnya. Namun nafsu amarah lebih kuat. Nasib baik cuma melibatkan tindakan kecil. Imran mengetuk dinding di sebelah tempat duduknya. Anehnya, kesakitan membantunya melawan kemarahan. Dia mula reda.

Kelihatan banyak perbezaan antara esei pertamanya dan esei keduanya. jadi dia membuat keputusan untuk menghantar kedua-duanya sekali.

“lepas isyak, jumpa cikgu laila.”

Usai solat isyak. Imran pergi ke bilik guru sambil mengusung laptopnya. Ditunjukinya kedua-dua fail tugasan tersebut, yang pertama (petang) dan kedua (malam).

“wah, kamu buat dua imran? Bagusnya....” komen cikgu laila.

“sebenarnya cikgu, saya dah buat satu petang tadi, tapi fail tu corrupt. Lepas tu......”

Imran menceritakan semua perkara yang terjadi. Selesai berbicara, gurunya berkata.

“oh. Tapi kalau kamu nak tahu, yang kamu buat kedua ni yang betul. Yang pertama ni banyak salah. Kalau kamu hantar yang pertama ni je, cikgu dah suruh kamu buat lain.”

“oh , ye ke cikgu?” imran merenung . seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku.

“ya, kalau tidak kamu kena buat balik. Nasib baik kamu buat semula. Tak apa, kamu dah siap dah sekarang. Bolehlah kamu nak rehat masa cuti, ye...” cikgu laila mengusik.

“haha.... ok lah cikgu, saya nak study pula. Terima kasih cikgu... asalamualaikum.”

“ok. Good job. Waalaikumussalam.”

*****

Keluar dari bilik guru. Hatinya melonjak gembira. Seolah-olah sebuah mimpi, terbukti Allah Maha Berkuasa.

“kalau aku tak buat yang kedua tadi, mesti cuti ni aku kena buat. Oh, sekarang baru aku faham. Memang ada hikmah di sebalik semua ini.”

 “kerana Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

(QS94. Al-insyirah ayat 5-6)

 Mp3  dikeluarkan. Dipasangnya, ingin menenangkan hati. Tanpa disangka, lagu yang dimainkan sebaik mp3 tersebut dipasangkan betul-betul menusuk ke hatinya. lagu ‘mestica-rahmat ujian'.

Rahmat ujian Munsyid: mestica

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur

Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan

Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka

Walau terseksa ada hikmahnya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi.



 Maka bersyukurlah selalu!!!

“wah... memang benar. Aku silap. Sepatutnya aku lebih bersabar tadi. Ya Allah, aku bersyukur kepadamu. Berikanlah kesabaran kepadaku untuk menghadapi ujian-Mu selepas ini. Sekarang aku lebih yakin dengan janji-Mu Wahai Rabbul Alamin....”
http://3.bp.blogspot.com/-2ii5xVdlP60/UEVUZi-jz_I/AAAAAAAAAPo/ASnQr8duvfE/s1600/allah-maha-pengampun-lagi-maha-penyayang.jpg

“Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”

(QS Al Ma’idah, 5:6)


http://2.bp.blogspot.com/-vQhh-7Vu9Ro/UEVU43BbngI/AAAAAAAAAPw/2tkjK6r07U8/s1600/marah01.jpg 

#perkongsian dari : Megat Al-Imran. Terima Kasih Sudi Baca Entry ini -.-'


0 people yang sweet: