BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

01 October 2012

Erti Persahabatan

 
Assalamualaikum or hello to whoever is reading this

♥ SAHABAT ♥

Hai sume, today i want to cakap- cakap tentang

APA ITU PERSAHABATAN?

memang terlalu banyak ertinya persahabatan nak ulas kat sini sampai besok pun tak habis-habis. so, i just ringkaskan sahaja. moga moga para pembaca yang dah baca artikel ni paham dengan cerita saya yang asyik asyik "MELALUT" nii. muehehe~ukey! berbalik pada topik utama
SAHABAT.

S -Setia
A - Amanah
H - Hemah
A -Akrab
B - Berbudi
A - Adil
T - Tega

Seperti Kata Sahabat Seperjuangan Baginda Rasulullah S.A.W iaitu Saidina Umar Al-Khattab


"Sahabat yang sejati adalah orang yang dapat berkata benar kepada ku bukan orang yang hanya membenarkan kata kata ku"

"Friend is a collection of hearts, ready ti give, share and understand. it never fades and never end it only reminds us life is not perfect without a friends."

"Don't walk in front of me. I may not follow. don't walk behind me. I may not lead, just walk beside me and be my friend.."

"When i need, When i am sad, When i am happy, You always give your hand, give hug, You are My Best Friend."


Dalam dunia ini,.kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita..

Sebagaiman kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti nanti. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri ini kita hingga kadang kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.


Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahwa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa amat lemah, agar tidak rebah?bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu..tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungilah.. terima kasih padamu sahabatku .. maaflah diriku ini kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu…

P/S: buat sahabat sahabat lang yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau kekasaran bahasa lang. lang memohon keampunan dari kalian. Maaflah diri ini.
✿..Andai hari ini saya terlalu gembira, sedarkanlah saya dengan amaran-amaran Allah..✿

✿..Andai saya bersedih tanpa kata, pujuklah saya dengan tarbiyyah Pencipta..✿

✿..Andai saya lemah tak berdaya, ingatkanlah saya dengan kehebatan syurga..✿

✿...Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, ajaklah saya meleraikannya segera...✿

✿....Andai pernah hati kamu terluka, luahkanlah agar saya berubah....✿

✿...Andai esok saya lena tanpa terjaga... Iringilah lena saya dengan kalungan doa dan Al-Fatihah...✿

✿...berjanjilah SAHABAT...✿

✿...Ukhuwwah kita untuk selamanya......Insya'Allah...✿

♥  Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.


0 people yang sweet: