BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

26 October 2012

Kisah Si Botak, Si Sopak dan Si Buta...


 
 Assalamualaikum or hello you you....

 
Sayydina Abu Hurairah meriwayatkan bahawa beliau mendengar
Nabi Muhammad bersabda:

"Sesungguhnya, di kalangan kaum Bani Israil ada tiga orang lelaki, seorang sopak, seorang botak dan seorang lagi buta. Allah hendak menguji mereka lalu Allah menghantar malaikat berjumpa mereka.

 Malaikat itu pergi menemui si sopak lalu bertanya, 'Apakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh si sopak itu, 'Warna kulit yang bagus, kulit yang bersih dan hendaknya sembuhlah penyakit ini yang menyebabkan orang jijik kepada saya.' Malaikat itu pun mengusap kulitnya lalu hilanglah penyakit itu daripada tubuhnya dan digantikan oleh Allah dengan warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat itu bertanya lagi, 'harta yang bagaimanakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh orang itu, 'Unta'. Dia kemudiannya diberi unta yang bunting. Kemudian, malaikat itu berkata, 'Semoga Allah memberkati unta ini untukmu.'

Kemudian malaikat itu pergi menemui si botak dan berkata, 'Apakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh si botak, "Rambut yang bagus dan hendaknya hilang-hilang apa-apa yang menyebabkan orang jijik memandang saya.' malaikat itu pun mengusapnya, lalu lenyaplah botak itu daripada kepalanya dan dia dikurniai rambut yang cantik. Malaikat itu bertanya lagi, 'harta yang bagaimanakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh orang itu, 'Lembu'. Dia kemudian diberi lembu yang bunting. kemudian, malaikat itu berkata, 'Semoga Allah memberkati lembu ini untukmu.'

Terakhir, malaikat itu pergi menemui si buta dan berkata, 'Apakah yang kamu ingini?' Si buta menjawab, "saya mahu Allah mengembalikan penglihatan saya sehingga saya dapat melihat semua orang.' Malaikat itu pun mengusapnya, lalu Allah mengembalikan penglihatannya. Malaikat itu bertanya lagi, "harta yang bagaimanakah yang kamu ingini?' Dijawab oleh orang itu, 'kambing'. Dia kemudian diberi kambing yang bunting. kemudian malaikat itu berkata, 'Semoga Allah memberkati kambing ini untukmu.'

Unta dan lembu itu melahirkan anak-anaknya, kambing itu pun melahirkan anak-anaknya. Si sopak mempunyai satu lembah yang penuh unta. Si botak mempunyai satu lembah yang penuh lembu. Si buta mempunyai satu lembah yang penuh kambing.

Malaikat itu kemudiannya berjumpa dengan si sopak, tampil dengan wajah seperti orang sopak yang hina dina. Kata malaikat itu, "saya orang miskin dalam perjalanan. Saya tidak mempunyai sebrang sumber rezeki. Hanya Allah yang dapat menyampaikan hajat saya hari ini, dan dengan pertolongan tuan juga. Atas nama Allah yang mengurniakan pada tuan warna yang baik dan kulit yang bagus dan harta yang banyak, sudilah tuan membantu keperluan saya dalam perjalanan ini."

Si sopak itu menjawab, "keperluan saya pun masih banyak lagi." Malaikat itu berkata lagi, "Saya seperti kenal kamu. Bukankah kamu dahulu sakit sopak, sehingga semua orang jijik kepadamu? Bukankah kamu dahulu miskin , kemudian Allah mengurniakan harta kepadamu?". Dijawab oleh si sopak, "Semua harta ini saya warisi daripada datuk nenek saya dan mereka mewarisinya daripada datuk nenek mereka." Kata malaikat itu lagi, "Apabila kamu berdusta dengan apa yang kamu lakukan, Allah akan kembalikanmu kepada keadaan yang asal."

Malaikat itu pergi menemui si botak, tampil dengan wajah seperti orang botak yang hina dina. kemudian dia berkata sebagaimana dia berkata-kata kepada si sopak, tetapi si botak itu pun menolak permintaannya, seperti halnya dengan si sopak dahulu. Akhirnya malaikat itu berkata, "Apabila kamu berdusta dengan apa yang kamu katakan, Allah akan kembalikan kamu kepada keadaanmu yang asal."

Malaikat itu kemudian pergi berjumpa si buta, tampil dengan wajah seperti orang buta yang menyedihkan. Kata malaikat itu, "Saya orang miskin dalam perjalanan. Saya tidak mempunyai sebarang sumber rezeki. Hanya Allah yang dapat menyampaikan hajat saya hari ini dan dengan pertolonggan tuan juga. Atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan tuan, berilah saya seekor kambing untuk kegunaan saya, supaya tercapailah tujuan saya dalam perjalanan ini." Orang itu berkata, "saya dahulu buta, kemudian Allah memulihkan penglihatan saya, maka sebab itu ambillah mana-mana kambing yang tuan mahu dan tinggalkanlah mana-mana yang tuan tidak mahu. Demi Allah, hari ini saya tidak akan menyusahkan urusan tuan dengan apa yang tuan ambil semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah, Tuhan Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

Malaikat itu menjawab, "Simpanlah hartamu, sebab sebenarnya kamu semua diuji, kemudian Allah reda dengan dirimu dan murka kepada dua orang sahabatmu."

(Hadith riwayat Bukhori dan Muslim)


Terima Kasih Sudi Baca Entry ini -.-'

0 people yang sweet: