BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

24 February 2013

Sungguh ! i miss her..

Assalamualaikum or hello to whoever is reading this


Lang, sebelum nenek menutup mata dan menghembuskan nafas terakhir, nenek harap lang dengar pesan terakhir nenek ni ya ..

"..Jangan sesekali sia siakan ibu bapa lang.."
"..Jangan jadi budak jahat.."
"..Jadilah anak yang di banggai.."
"..Sentiasa ikut cakap mak.."


pesanan arwah Nek Harijah Binti Saguban *nenek sebelah mama saya* masih terngiang di telinga. tetap ku kuburkan di hati ini , disimpan dan di kunci .

Today, genap 100hari nenek dak tak ada di muka bumi ini . wajahnya yang begitu sayu masih membayangi di mata dan hatiku . sungguh aku katakan ini , aku begitu merinduinya . Namun , apakan daya .. di dunia ini tak kan ada yang kekal buat selamanya .  yeah ! seperti yang selalu orang kata , REDHA dari satu KETENTUAN .  so, saya kena redha dari ketentuan Allah S.W.T dan terima kenyataan bahawa nenek memang
 sudah tiada.
Aku rindu dia ... rindu dengan setiap pesanannya , rindu dengan setiap karenah manjanya , rindu dengan setiap penjagaannya terhadap diri ini , rindu dengan setiap belaian kasih sayang seorang nenek , rindu nak bancuhkan dia air panas tiap kali dia minta , rindu dengan suaranya yang tak putus putus memberi semangat , rindu rindu rindu rindu . Oh God ! I miss her so much ... *Lang, be a strong okey*

Akan tetapi sebagai seorang insan yang menyayangi dan merindui kehadiran dirinya, hanya mampu ku kirim kan doa untuknya , moga nenek aman bersemadi di sana , di tempatkan di orang orang beriman , amin . :)



15  November 2012

Namamu akan tetap ku ukir dihati 
Pesanan mu akan tetap ku kunci dihati
Gelak tawamu akan tetap ku simpan di hati
Wajah sayumu akan tetap ku bayangi walau hanya dalam mimpi.
Nek , sungguh aku kata aku rindukanmu ...
Hanya mampu ku kirimkan doa untuk mu...
Al-Fatihah ...


 
Terima kasih sudi baca sini ^^

21 February 2013

Yesterday..


Assalamualaikum or you and you ! 

Pernah cium baby tak ? wangi kan ?  Sabda Rasulullah S.A.W, "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA", MasyaAllah best kan ? So, awak kena rajin rajin lah erk cium baby yang baru lahir ;)

This is My Peby merangkap makwe aku and me dia punye umi 
"Lang"! Atototooo...wangi nye die ni..*Baby Bestie Saya Okey*

Oh yaa sebelum tu hari ni nak share ngan korang korang ni tentang "sunnah Rasulullah yang menyayangi kanak kanak",So,Straight to the point. jom baca sama sama :

Kisah Rasulullah , Pada suatu hari ketika Rasulullah S.A.W sedang menunaikan solat dan sujud, tiba tiba al Hassan dan al Husain naik ke atas belakang baginda. Ketika beberapa orang sahabat yang melihat kejadian itu hendak mengalihkan dua cucu baginda tetapi Rasulullah memberi isyarat supaya membiarkannya.Setelah selesai solat baginda mengajar dua orang cucunya masuk ke dalam bilik sambil bersabda kepada para sahabat. 
"..Sesiapa yang mencintai aku hendaklah mencintai dua anak ini.." -Riwayat Abu Laila dengan Isnad yang baik
Ketika Rasulullah SAW membawa Hasan dan Husain, tiba-tiba seorang lelaki bertanya kepada baginda, “Ya Rasulullah, apakah engkau sangat cinta kepada mereka berdua?” Baginda terus menjawab, “Sudah tentu. Sesiapa yang mengasihi kedua cucuku ini maka bererti telah mengasihi aku, dan sesiapa yang memarahinya bererti ia memarahi aku.”   
Kemudian, Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa pada suatu hari beliau melihat Rasulullah S.A.W mencium al Hasan bin Ali di depan al Aqra bin Habis yang ketika itu berada di kediaman baginda S.A.W. Al Aqra berkata, "Ya Rasulullah, saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak ada seorang pun antara mereka yang pernah saya cium. Mendengar demikian Rasulullah S.A.W. menatap wajah al Aqra sambil bersabda,  
"Sesiapa yang tidak mengasihi tentu dia tidak akan dikasihi orang" -Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Oh yaa, sebelum tu yesterday punya tittle kat atas kan ? so, this is yesterday punya hal ? aku hangout kejap!

'
Disini : lepak | lunch | santai

And....
Jumpa dengan??

| Hye I'am Zila and dia yang tecik ni Syuadah | 

So, yesterday itu aku dating dengan BAKALBAKALSUAMI tau. ops! ops! JANGAN! JANGAN! jangan percaya oke? Actually begini, sewaktu nak melepak ke rumah kawan lama adalah juga singgah singgah rumah kawan sorang ni, MOHD IDRIS --> kebetulan time tu dia tak busy so, lepak jap ke rumah dia then jumpa family dia , waa~ super bahagia tau family dia, sporting lagi tu, sampai sampai muka kite pun dah tak lari merahnya. haha . so, sembang sembang lah ni kunun dengan akak dia, borak panjang panjang sambil dia duk layan anak dia (syuadah), akak tu ada kata :

Anak ni , adalah satu anugerah penyeri sebuah keluarga dari Allah S.A.W. 

So, Sayangilah kanak kanak seperti Rasulullah SAW ;)


06 February 2013

Nah! Ambil kau


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this

Well, Berita Harian kat Metro Tadi . Recheck recheck punya recheck . Baca baca punya baca . tertarik dengan satu tajuk ni . nak baca ? jom !

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
Raub: Lelaki yang digelar Rambo Bentong, Rabidin Satir, 42, menerima pembalasan terhadap perbuatan kejamnya apabila Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol serta satu tuduhan melakukan seks luar tabii.

Hakim Murtazadi Amran dalam keputusannya berkata, perbuatan tertuduh tidak berperikemanusiaan, apatah lagi mangsa masih muda dan di bawah umur.
“Tertuduh bukan saja perlu meminta maaf kepada mahkamah dan polis, tetapi juga perlu memohon kemaafan kepada mangsa dan keluarga mereka. Saya berharap tertuduh menyesal dengan perbuatannya dan memohon keampunan daripada Tuhan,” katanya.


Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah, ketika diberi peluang merayu berkata,  
“Ketika itu (kejadian) saya berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar. Saya memohon kemaafan dan minta hukuman diringankan.”

Foto 
 ANGGOTA polis membawa masuk Rabidin ke Mahkamah Sesyen Raub.

Murtazadi menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan terhadap setiap pertuduhan membabitkan jenayah rogol manakala penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan melakukan seks luar tabii. So, kena berapa semua tu ? penjara ? sebatan ? mm... banyak nyee... hukuman setimpal dengan perbuatan keji yang dilakukan. 

Semoga anda yang terbaca artikel ini ambil pengajaran okey ? jaga lah setiap gerak langkah kita jangan mengikuti nafsu semata and yang paling penting tolong menghormati batas pergaulan seorang lelaki dan seorang perempuan. look ! jenayah seperti ini lah yang selalu menjadi bualan orang pada masa kini dan ia bukan setakat kejam malah keji lagi dibenci. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.  
 Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/06

Terima Kasih Sudi Baca Entry ini  -.-'