BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

06 February 2013

Nah! Ambil kau


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this

Well, Berita Harian kat Metro Tadi . Recheck recheck punya recheck . Baca baca punya baca . tertarik dengan satu tajuk ni . nak baca ? jom !

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
Raub: Lelaki yang digelar Rambo Bentong, Rabidin Satir, 42, menerima pembalasan terhadap perbuatan kejamnya apabila Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara 115 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap empat tuduhan rogol serta satu tuduhan melakukan seks luar tabii.

Hakim Murtazadi Amran dalam keputusannya berkata, perbuatan tertuduh tidak berperikemanusiaan, apatah lagi mangsa masih muda dan di bawah umur.
“Tertuduh bukan saja perlu meminta maaf kepada mahkamah dan polis, tetapi juga perlu memohon kemaafan kepada mangsa dan keluarga mereka. Saya berharap tertuduh menyesal dengan perbuatannya dan memohon keampunan daripada Tuhan,” katanya.


Rabidin yang berasal dari Tambunan, Sabah, ketika diberi peluang merayu berkata,  
“Ketika itu (kejadian) saya berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar. Saya memohon kemaafan dan minta hukuman diringankan.”

Foto 
 ANGGOTA polis membawa masuk Rabidin ke Mahkamah Sesyen Raub.

Murtazadi menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 10 sebatan terhadap setiap pertuduhan membabitkan jenayah rogol manakala penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan melakukan seks luar tabii. So, kena berapa semua tu ? penjara ? sebatan ? mm... banyak nyee... hukuman setimpal dengan perbuatan keji yang dilakukan. 

Semoga anda yang terbaca artikel ini ambil pengajaran okey ? jaga lah setiap gerak langkah kita jangan mengikuti nafsu semata and yang paling penting tolong menghormati batas pergaulan seorang lelaki dan seorang perempuan. look ! jenayah seperti ini lah yang selalu menjadi bualan orang pada masa kini dan ia bukan setakat kejam malah keji lagi dibenci. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.  
 Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/06

Terima Kasih Sudi Baca Entry ini  -.-'
 

5 people yang sweet:

Ainim Suju said...

Kejam sungguh...tu la balasan bila kita berlaku kejam pada manusia lain. semoga jadi pengajaran buat semua

precious moment said...

tak berperikemanusiaan! bagus dah dijatuhkan hukuman.

Norazilah Abdullah said...

@Ainim Suju tu lah . hukuman setimpal dengan perbuatan kejam sendiri . setinggi tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga . :)

Norazilah Abdullah said...

@precious moment : iya , sungguh tidak berperikemanusiaan :)

Ct Noraishah said...

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua