BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

24 April 2013

Ehh ! Itu Kawan Aku


Assalamualaikum or Hai Readers  


Ain Syafiqah Haris. 


Aku dan dia adalah bestie selamanya. Sahabat dari sekolah menengah hingga ke alam dewasa. Banyak kisah di alami bersamanya, sungguh aku katakan aku sayangkannya kerna ukhuwah yang terbina. Ya, dia sahabatku yang selalu bersama ku di kala senang dan susah, di kala sedih dan gembira.


Semalam kan ? Semalam berMEET lah ni sama si Cik Tomato yang shumel shumel ni konon. Laa... Mak aii ! makin cute giler ni budak tau ! makin menjadi jadi comel nya. muka dia tu, duynaa mau pengsan aku seharian berdating sama dia. Macam nda puas lagi dari pagi sampai petang sama sama dengan dia kunun.

Alhamdulilah, Selama menjalinkan persahabatan yang erat dengan dia. Aku banyak belajar erti hidup dengan dirinya... antaranya :

  • Belajar tentang macam mana boleh tahan kawan sama dia? tao tak.
  • Belajar tentang macam mana boleh handle perasaan marah kat dia.
  • Belajar macam mana boleh tahan dengan perangai dia yang tak menentu.
  • Belajar macam mana boleh tahan mencintai seseorang yang ego.
  • Belajar macam mana boleh jelesnya aku dengan dia sama dia punyer prince.
  • Belajar tentang erti percintaan melalui dirinya.
  • Belajar tentang macam mana boleh jadi sekuat dia yang super ohsem itu.
  • And belajar everthing lah....

 Saya sayang kamu Ain Marcellow !
 
Aku harap dia adalah sahabat yang till jannah bersama aku, sentiasa bersama susah dan senang, sentiasa menaruh kepercayaan di masa yang akan datang, sentiasa menerima apa adanya dalam diri ini, sentiasa saling menghubungi antara satu sama lain, tak seperti kawan yang lain bila dah pergi jauh menghilang diri dan melupakan aku di sini.




P/s : Ains Tomato, kau tahu kaini.... Thanks untuk semuanya, terima kasih sangat sangat sebab kita still sampai sekarang. Walaupun ada kalanya kita jarang bersama tapi Sumpah ! Alhamdulilah aku bahagia dan sangat sangat bersyukur cuz i have a friend "strong" macam kau. yang super duper awesome ni. susah ow dapat kawan macam kau ni yang boleh serasi dengan aku. semua ndak boleh tahan. kau sak sorang. Dan kan, aku harap satu hari nanti... aku nak nengok kau bahagia dengan si capital i tau tau tau ! Dan di saat tu lah nanti aku akan katakan pada semua.. "..Ehhh ! itu kawan aku Ains Marcellow ! 


Moleq, remember this..
"dont forget me oke ! kita kan bestie, Bestie sampai bila bila.
 Aku sayang kau ni kali seribu :)

 Insya Allah .. Moga kita till jannah. Jumpa awak di syurga Allah. ;)

18 April 2013

"Women" do not like a guy like this oke ?


Assalamualaikum or hello Readers


Hii you, lelaki ! Jom fahami mereka yang bergelar wanita.
Mereka tidak suka anda bila jadi macam ni :


Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun.


Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, buka pintu), buat kopi, angkat kasut dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti "boleh tolong buatkan kopi" dan "tolong buka pintu tu"


Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata "gurau pun tak boleh"


Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami.


Cakap besar
Sikap lelaki yang suka "syok sendiri" membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik.


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta.


Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri.


Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai.


Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu.


Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya.


Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran.


Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang "buat dek" terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk.


Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan.


P/s : Moga bacaan di atas memberi sedikit perkongsian kepada anda yang bergelar lelaki.
Oke Superhero dan yang akan menjadi bakal imam seorang wanita! 


Terima Kasih sudi baca ^^

13 April 2013

#HappyBirthdayZouleAs'Rain


Assalamualaikum or hello to whoever is reading this ♥ 

Mak aiii ! lamenyaa tak ber-update blog kesayangan dan kecintaan ini. Terasa diri tidak peduli dah. Hurmmm... Astagfirullah... rindunyee kemain lagi.. Bagi yang nak tahu ? ke mana perginya Tuan punyer tanah ni nanti ikuti post yang seterusnya beberapa hari lagi key ? malaslah guys ceciter awal awal. Masih awal lagi kok ngak bisa post dong, mood PEMALAS MENAIP menjadi jadi sejak kebelakangan ni. muehehe

But, never mind ! today.. Tuan Punyer tanah ni PUBLISH juga blog ni, about "#HappyBirthdayZouleAs'Rain" . *cz today 13.04.2013 hari ketuaan Mr.Bulat2* -yang dah cecah 19 tahun. Tua nak kerepot kau yaa .. haha :p



 Happy Birthday Mr. Bulat Bulat !
Dan serupa kembar Shah Rukh Khan. :p


yeah ! jap jap jap... kite nyanyi untuk awak yer...

And this cake fake untuk you *sory sebab bukan sebenar :p*
Tapi gue ikhlas kok bagi.


Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you Mr. Bulat Bulat !
Happy Birthday to you.....


 Semoga Allah memberkatimu selalu.
Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki.
Bila sukses nanti jangan lupa diri.
 Gue sentiasa kok sayang sama ellu. :p
Semoga jadi cool dan handsome boy selalu.
Semoga jadi insan yang menarik lagi tertarik.
Semoga semua azam diri kau tu tercapai oke.
Semoga anda tidak melupakan
Mrs. Norazilah Abdullah yang  awesome ini
cheh ! hehehe...


Terima Kasih Sebab Sudi Baca ^^