BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

08 May 2013

"Sejenak Aku di jendela"



Sejenak ku merenung ke luar jendela. Memikirkan kisah di dalam jiwang. Dan Sejenak ku berfikir. Ini lah kisah aku dapat jawapannya. Alhamdulilah, satu persatu masalah aku harap berubah. Aku harap ia tak akan sama. Aku tahu. Allah nak latih aku dengan masalah, Allah nak didik aku dengan lidah, Allah nak uji aku dengan cinta dan Dia nak didik supaya aku sedar bahawa "Tiada Cinta Yang Lebih Indah Melainkan Cinta PadaNya". Dia memang layak dicintai paling teratas sebenarnya. 


Mencintai itu harus ada keikhlasan dan penuh dengan kesungguhan. Murni dan bersih. Suci dan teguh. Begitulah bait bait kata mama kepadaku. Lama kelamaan aku semakin mengerti akan cinta Nya padaku. Sebuah kasih sayang yang Dia lontarkan padaku. Sebuah kasih yang tulus untukku. Alhamdulilah aku bersyukur memilikiMu Ya Tuhanku.



Kini, barulah aku mengerti sucinya hati untuk mencintai. Aku tahu walaupun diriku ini tak seteguh "Sumaiyah" yang sering ku dengar ceritanya dalam mencintai Sang Pencipta. Walaupun cintaku ini tak setaraf dengan cintanya pada Allah. Namun begitu, aku dapat memahami dan menjiwai setitik cintanya yang teguh itu.



".. Ya Allah Ya Tuhanku, aku tahu.. kini hambaMu ini semakin di uji. Uji melalui hati. Aku tahu, rasa ini tak boleh di hindari dan tak boleh ku ingkari. Namun begitu, jaga lah hati ini agar ia tak akan tersakiti lagi. Cukup sekali dua ku merasai namun kali ini ku berharap ia tak mungkin akan di ulangi lagi...dari itu hanya padaMu aku berserah dan hanya padaMu aku meminta... Aku tahu aku adalah insan yang terpilih dalam menempuhi ujian hati. Namun Ya Allah latih lah hati ini untuk terima semua hakikat yang kau beri dan latihlah juga hati ini untuk bersabar dalam ujian yang kau beri..." Amin ya Rabbi-

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada Ugama Allah).'

Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:
Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).



"...Wahai engkau yang telah mencuri hatiku, Allah sayang padaku, dan Allah sayang padamu. Dia hantar engkau kembali padaku. Aku tahu walaupun silahtulrahim ini terjalin atas dasar keluarga. Namun ku berharap ia kekal ke jalan Nya. Dan aku berharap padamu, janganlah engkau menjadikan fitrah itu menjadi fitnah. Sungguh aku katakan ini fitrah cinta itu sungguh indah namun aku tak sanggup jalaninya dengan fitnah dunia. Terlalu awalnya kita sehingga rebah ke dalam permainan dunia. Alhamdulilah... pada saat itu kita terpisah seketika dalam mencari sinar cahayaNya. Dan aku tak sangka silahtulrahim itu terjalin semula. Namun begitu biarlah Allah yang menentukannya. Just be a friend. No couple until Nikah oke ?




P/s :"Seandainya ...Telah diciptakan aku untuk mu..Dan telah diciptakan dirimu untukku...Selama manapun hati berpisah...Bersama akhirnya...InsyaAllah ...Akan aku jaga hati ini dari disinggahi cinta dunia...Akan aku serahkan hati hanya pada yang layak untuk ku cintai......."

0 people yang sweet: