BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 October 2013

Ya Allah Indah berseri wajah "Diana Amir"




Assalamualaikum


Alhamdulilah, masih di beri kesempatan meng-update blog, memandangkan masih ada lagi kerajinan yang tersisa ini so, tadi malam time aku stalk LHmediatv. Aku nampak ada photograher nih *sory lupa pula namanya hehe. Jadi bila aku tengah stalk2 kat fanpage fb photograher tu aku ternampak sorang pelakon MIG yang diberi nama Diana Amir tuh, kenal tak ? kalau tak kenal ala rugi sebab awak tak kenal dia macam mana, tapi tak pe lah aku bagi kenal sikit2 jer lah yer selebihnya pegi cari kat Encik Google ?


So, aku rasa jarang sekali aku jumpa pelakon macam Diana Amir nih tau, sebab kau tahu kenapa ? apa yang menariknya sangat Diana Amir nih ? ala, ko baca lah di bawah nih, malas rr nak taip panjang2 hehe


Sekitar jam 9.30 malam tadi, Diana Amir telah selamat bergelar isteri kepada Mohd Habib Bullah A. Rahman dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana tetapi meriah yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Akad nikah telah disempurnakan oleh Imam Besar masjid tersebut iaitu Hazaruddin Baharuddin. Pengantin perempuan diwalikan oleh bapa sendiri, iaitu Amir Hashim Mohd Kassim.

Pasangan yang mengenakan busana indah hasil rekaan dan tajaan Ezuwan Ismail ini selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 9.30 malam.

Sebelum berlangsungnya majlis ijab dan qabul, terlebih dahulu berlangsung satu majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai di Wisma Metrowealth. 

Pihak perempuan menerima hantaran berupa senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000. Pasangan ini belum lagi memutuskan tarikh dan lokasi berbulan madu dek kesibukan masa. Tahniah buat Diana Amir & pasangan! -RotiKaya Staff 


Majlis doa selamat, khatam Al-Quran dan berinai






Berserinya wajahnya kans ?


Alhamdulilah, selepas jer berhijrah Diana Amir betul betul dah tak macam dulu, beza sangat ^^ Dia tunang pun tak hebah mana mana pun tau, yang lagi bestnya dia tak nak menyusahkan suaminya dan tak nak pembaziran yang berlaku di hari perkahwinannya, Bestnya kan ? Lagi satu dia juga memilih agar majlis perkahwinannya di buat dengan sederhana. Kalau macam nih tak yah susah2 nak cari duit lagi nak beli itu dan ini. Hanya senaskah al-Quran, sebentuk cincin emas dengan mas kahwin RM 1,000. Jimat dan berpatutan kan ? Ikut cara Islam is the number one for straight to Jannah =D


Majlis Pernikahan 

 





 Sweetnyeee !


Moga kekal hingga Jannah Diana Amir !
Amin <3


Barakallahu lakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khaiir
 
Semoga diberkati oleh Allah bagi kamu berdua dan diberkati atas kamu berdua dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebajikan.



P/s : Rasa nak kahwin cepat lah kalau macam nih =P *kiding*.



With Love, Zila Abdullah <3


0 people yang sweet: