BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

08 October 2014

Selamat Bertunang Jimy dan Zila ♥ | Entry bergambar

Assalamualaikum


Sebenarnya, segan lah nak buat entry ni. Setahun lebih bah pikir mau letak kah atau tidak. Ya lah kan, rasa macam perlukerletakdalamblog. adakerorgnaktau. Tapi bila pikiaq balik, alaaa... hal ni kan antara "big day" dalam hidup, so sebagai seorang blogger ada banyak benda kita boleh share serba sedikit cerita hidup dalam blog lagipun kalau orang pun tak nak tau tak pe sebab entry ni bukan bertujuan nak show off tapi sebenarnya nak di jadikan kenangan untuk masa akan datang at least kalau tak dah orang yang nak baca dan tengok, ada juga anak cucu cicit yang tengok tengok nanti. Future lah katakan.

Well, tak sangka tinggal 44hari lagi dah nak jadi "Bini orang"dah hoii ! Ya Allah. sungguhlah, sungguh semua ini tak di sangka. Sungguh, zila sendiri tak sangka yang mana Encik Tunang ni lah yang bakal peneman hidup zila. Yang akan menjadi zauj zila. Yang akan menjadi imam zila. Dan yang akan menjadi pemimpin & pebimbing zila nanti. Insha Allah. Ya lah, seperti sedia maklum kan Encik tunang ni ehek ehek nanti cerita lah pada entry akan datang haha. Tunggu tau ?

Perancangan Allah kan ? lebih baik dari apa yang kita sangka. Ya ! Yakin dengan Allah dan sentiasa bersangka baik denganNya. Insha Allah, Dia sebaik baik perancang.

So, PerancanganNya dalam hidup zila, seperti hal ini juga



Alhamdulilah, pada 10 August 2013 kami berdua rasminya di tunangkan atas persetujuan kedua dua pihak keluarga. 


Oh ya, lagi satu ramai kengkawan yang tanya pasal gambar tunang kenapa tak pernah zila tunjuk atau upload ? hanya satuduatiga ketoi jak, tu pun berbulan bulan baru zila upload. Ala, korang ni zila malu bercampur segan tau nak hebah hebahkan pasal ni. Kan, tunang ni patut disembunyikan and pernikahan wajib dihebahkan. Tak gitu. Lagi pulak, zila takut nak hebahkan kot kot kita tak tahu kan masa depan. Cewaa ! *padahal ada buat entry teaser ya* Huhu.


Well, malas sudah coleteh panjang sebab lepas ni kembali lagi dengan kesibukan yang melanda.

Korang ! korang layanlah gambar gambar tunang hari tu k. ?


 
Sebelum majlis bermula, keluarga belah laki berkumpul. Time ni kan, zila rasa macam nak kencing tanpa sedar hoiii. Bila macik macik zila bagitau.



Member2 Encik Tunang yang dah di beri nama abg2 handal gitu. clash kau.

Baju putih tu Abang Encik Tunang.  Merangkap Cikgu zila. Cikgu Akbar atau Abang Emmat.


First tu, zila rasa relek jak tapi bila macik macik zila cakap "punya ramai keluarga pihak laki" huii kemain jantung ni berdegup laju tau. Rasa macam Ultraman dan raksaksa bertempur di medan hati. Haha. Ewah !



Kalau nak diikutkan hati sebenarnya, zila nak juga macam orang sekarang pakai pelamin berbalas banyak hantaran dan sewaktu dengannya. Tapi, kata mak tak paya lah sebab alat pun tak ada. nak buat pelamin diy pun masa tu zila tak tau lagi. lagipun sebenarnya zila tunang ni pun dalam masa yang singkat tau, keluarga zila diberitahu masa tiga hari sebelum bertunang. So, agak kelam kabut di situ dah lah raya pertama sibuk kedua sibuk ketiga lagi lah sibuk sebab tunang. So, tak sempat nak beli itu dan ini. jadinya, zila buat majlis ala kadar saja, sederhana gitu. Hantaran, 9 dulang berbalas 4.

Apa yang kena buat, buat lah yang berpatutan dengan mengikut kemampuan kita - begitu lah kata kata mak.

kiranya zila bertunang ni macam suprise lah, eh eh bukan macam tapi memang suprise dari family. Tetiba jer. tanpa pengetahuan zila, encik tunang pun sendiri tak tau oh tapi dalam 2minggu macam tu dia dah tau tapi sengaja tak nak bagitau sebab takut kot zila banyak songeh lagi nanti huehuehue. *takut lah tu kite tak nak dgn die lagi*


 
  1. Jurusolek w Mck Mas - Kedua dua nilah peneman hidup sepanjang  majlis harituh. Nasib baik ada beberapa orang dalam bilik time tuh buat lawak untuk hilangkan nebes tau, sampai sampai zila sendiri tak sedar dah nebes tuh sebab lawak yang dorang buat. Thank you my family ! Muahh.. cuyung kurung *suara abg sudin punye*
  2. Photographer w Videographer - Dua dua ni bukan nya photographer sebenar benar ya, tapi kalau takat ambil gambar and video kira oke lh. Lagipun buat apa membazir, kan dah ada kamera and handycam. Guna lah apa yang ada and suruk jak orang yang kita percayai. Insha Allah, bajet berkurang di situ. Kan Allah tak suka orang yang membazir right ? Cewaaa.. Tapi kalau ada duit mampu bayar photographer and videographer. Apa salahnya kan buat benda yang kita suka.


 

Terima kasih kepada semua saudara mara yang sudi datang dari yang jauh mahupun yang dekat dan bersusah payah membantu my parents dari awal majlis sampai akhir. Hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya.






Special thanks to Mamak Papak yang selalu tak pernah jemu bagi support hati yang keras tapi akhirnya jadi lembut and always be there no matter what, time suka dan duka tetap bersama gituh! and zila harap, tanggungjawab dan tugas zila sebagai seorang anak perempuan satu satunya sudah terlaksana sebaik mungkin.

Insha Allah, selagi mana zila hidup di dunia ni selagi itu lah tak kan pernah zila hilangkan rasa hormat, taat dan segan zila dengan makbapak. Bapak lah yang paling banyak berjasa & kaya untuk menyara hidup zila selama zila hidup di dunia ini dan Mak juga lah yang paling banyak berkorban macam macam sampai sanggup mengalirkan airmata banyak2 kali semata mata untuk tengok zila happy. Ayoy ! sebak pula.. Ya Allah. Sungguh aku menyayangi hambaMu kedua ini. Jaga kan dua insan mulia ini untukku.

Oke, lap airmata kejap....
Next ???
  1. Aloooo, malu malu lagi tau, wahaha. siap ketawa ketawa lagi. Itu lah cikgu azmil punya pasal lah tu buat lawak sampai sampai gigi zila nampak weyy... blushing tau.
  2. Alhamdulilah. Dah kena ikat rupanya pakai cincin. haha.
  3. Acececeh, bakal menantu solehah kunun. Siap dengan penuh sungguh sungguh salam khonnn.


Ujian masa bertunang atau lebih dikenali "darah manis" - Alhamdulilah syukur. Rasanya, kami berdua takda masalah. nak curang ke, memang tak pernah wujud. masalah keluarga, lagi lah tak wujud. tapi benda paling rasa masa bertunang adalah kewangan. macam-macam benda nak pakai duit. Dan macam macam duit da habis macam itu air yang keluar oh, entah kenapa bisa jadi cenggitu ? Ewah !

tapi zila percaya bahawa rezeki ALLAH tu luas lebih lebih lagi bila kita nak mendirikan rumah tangga. Insha Allah, yakin dengan ALLAH. Sebab ALLAH tu Maha Pemurah dan Maha Mengetahui.




Apapun, doakan zila ya korang. Doakan supaya zila mampu mengharungi ujian hidup yang lebih besar selepas ini. Sebab mungkin selepas ini, zila akan berdepan dengan banyak lagi hal yang zila belum ketahui. Alam rumahtangga kan macam macam boleh jadi dan macam macam boleh berlaku.

Tapi, seperti zila cakap tadi. Bersangka baik itulah adalah sifat yang paling menenangkan hati right ? So, Apapun terjadi lepas ni zila akan cuba, cuba sehabis yang boleh, cuba untuk bersangka baik selalu, cuba sekuat yang boleh untuk terus pertahankan rumahtangga zila nanti. Cuba mematangkan diri dari masa ke semasa dengan penuh kesabaran. Ewah ! Ada ciri ciri isteri solehah ni. Haha. Isteri solehah loh sangat !

 
Setelah setahun lebih diikatkan, kenal hati budi masing masing. Alhamdulilah, walaupun masa tunang tu kami berdua ni tak dah hati sangat lagi macam masih kawan kawan lagi tapi syukurr.. sikit sikit zila dan dia belajar untuk saling menerima antara satu sama lain.

Ya lah sebelum ni kan sebenarnya zila rasa susah sikit terima dia balik, ya lah budak metal bro ! susah weh nak paham perangai dia tapi selepas tengok cara dia tunjukkan kesungguhannya dan usahanya untuk mendapatkan hati zila balik alhamdulilah, sikit sikit zila rasa mula macam ♡♡♡♥♥♥. macam terharu sikit sikit. Sikit jer ya tak boleh banyak banyak tau. Lepas kahwin baru boleh banyak banyak. Hehe




Norazilah Abdullah (Lang) Mohd Idris (Jims)



Alhamdulilah, sampai  saat ini kami berdua mampu menjalani peperiksaan diri dalam ikatan pertunangan. Syukurrr, setengah bulan lagi insha Allah kami dah nak kahwin wehh. setelah setahun lebih diikatkan. Wekkk ! Lamanya tu. tapi lama lama pun bila kenang balik macam best pulak, whyy ??? eh eh eh bila lah rahsiaaaaa.. hah nyanyi kau. 

So so so ? sebelum entry ni ditutup tirainya, koranggg.. zila nak bagi dua  pesanan ni, boleh kan ? Oke. Pesanan pertama, zila nak korang tengok tau entry walimatul urus nanti dan Pesanan kedua, zila nak korang doakan dan aminkan doa di bawah ini k. Much love ♥


ya ALLAH, mudahkanlah urusan pernikahan zila dan jangan
dipersulitkan. Aminn ya RabbalAalaminn..



With love,
Zila Abdullah
Bakal permaisuri hati,
Mohd Idris Hj. Abdullah

28 September 2014

Take Me Home


Assalamualaikum


Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni, hati rasa macam berbunga bunga bak bertaman taman yang indah.  ewah! Sangat tunjuk perasaan. Syukur alhamdulillah,  Allah bagi nikmat yang satu ni. Tapi serius, zila rasa macam terharu ! Terharu lah sangat.


Selepas kejadian haritu, kes zila patah hati dengan ex. Time tu zaman kejatuhan zila menaik sebab tak tahu lah nak explain macam manakan, hanya mampu zila cakap "oh sakit betul hati ni di buatnya". kesian hati ni tau. Berdarah darah olehnya. Tapi alhamdulilah, zila mampu balut luka hati itu selepas banyak bergantung dengan Tuhan dan percaya bahawa zila tetap akan bahagia suatu hari nanti walau tak bersama dia lagi. And its that true ! Kepercayaan zila tak sia sia dan kebergantungan zila padaNya mendapat hikmah.



Harituu, zila nampak ex depan mata. Berjalan penuh mesra. Oh indah khabar dari rupa tapi zila biarkannya, sebab itu bukan urusan zila lagi. Itu urusan dia dengan Maha Ilahi.

Bila terpikir balik, oh ada hikmah yang terjadi disebalik semua ini. Tuhan uji sebab sayang. Tuhan uji sebab ada hikmah Dia bagi. Hikmahnya ? Bila zila dah mula sembuh dari patah hati tiba tiba ada muncul seorang lelaki. Yang begitu berusaha untuk mendekati diri.



Oh ? Lelaki ini. Lelaki ini yang pernah ku temui. Lelaki ini yang pernah ku sayangi. Lelaki ini yang pernah kucintai. Tapi kenapa dia lagi ? Kenapa oh kenapa ? Adakah ini jodoh yang diberi. Adakah ini cinta yang pertama yang pernah hilang seketika ini. Lalu datang kembali mengetuk pintu hati. Oh tidakkk ! Zila mesti bertegas dengannya kali ini. Mesti percaya, "dia hanya serius denganku setelah kepercayaanku diragut kembali olehnya".

Awalnya zila rasa keras hati nak terima dia balik, rasa susah sikit lawan hati yang penuh curiga ini. Tapi,

Tiba tiba zila tertanya tanya pada diri,

Oh zila ! Mengapa kau begitu keras hati, sehingga dia yang mencintaimu selama ini tak pernah kau pandangi. Tak pernah sama sekali kau lihat dia masih ada di hati. Alaa, semua lelaki tidak boleh dipercayai 100% di sini. Dunia ini macam macam boleh jadi.

Tapi hari makin hari, makin rasa ada sikit yang singgah di hati, macam simbol ini ♥ . Tapi boleh kah ini, ya Allah. Sungguh ya Allah. Fitrah ini tak boleh ku hindari. Fitrah ini tiba tiba ada terasa kembali. Ya Allah, sesungguhnya jagakanlah hati ini agar tidak akan tersakiti lagi. Aku mohon ya Allah, hanya sekali ini. Tolong jaga perasaan fitrah ini. Amin.



Kepadamu pulak yang kini MUNGKIN ada di hati, tolong jaga hati ini sekali lagi dan akan selamanya nanti. Aku tak ingin seperti dulu lagi. Kecewa dengan sikap mu begitu dan begini. Tolong jaga perasaan semua sekali.  Walaupun ku tahu kau usaha untuk semua ini. Kau tabah jalani kerenahku yang mengarangkan diri. Alaa, tabahkan dirimu wahai sayang ! Cisss... malu pulak ni. tapi ketahuilah betapa semua ini hanya menunggu masa kita bersatu di dalam ikatan suci.

Kau tahu wahai sayang, ketabahanmu membuatku rasa rendah diri. Tulusnya hatimu sehingga ku tak nampak selama ini. Terima kasih ku ucapkan sekali lagi di atas besarnya pergorbanan mu selama ini. Insha Allah, bergantung kepada Dia Yang Maha Esa, moga menjaga kita berdua. Amin.



Ya Allah, Aku sedar Engkau Maha Mengerti. Engkau Maha mengetahui. apa yang tersirat di dalam hati kecil ini. Yang selalu berkata, betapa aku  ingin lelaki ini membimbingku, betapa aku ingin lelaki ini menjadi suamiku, betapa ku ingin lelaki ini menjadi tulang rusukku, betapa ku ingin lelaki ini menjadi zauj ku , dan betapa ku ingin lelaki ini yang tertulis di Luh Mahfuzku. Aku tak tahu semua rancanganMu ya Allah tapi jika benar aku adalah rusuk kirinya yang hilang. Permudahkan lah jalan kami berdua, agar bila dugaan demi dugaan datang menyapa. Kami berdua dapat tempuhi bersama sehingga nafas terakhir menyapa. Ya Allah, hanya padaMu aku berserah.. hanya padaMu tempat ku selalu bergantung. Amin ya rabb.

P/s : Happy Anniversary for 1 year. 10august2014 haritu. Hope, till the end with him InshaAllah selagi mana Allah izinkan. 25hari lagi wehh, untuk sampai kemuncak. mohon doanya ya sahabat semua. moga majlis yang tak lama lagi nie, di permudahkan urusan olehNya. Amin.


With love,
Zila Abdullah.
Yang tengah sibuk siapkan entry yang bertangguh tangguh.
Sekian.

25 August 2014

Salam Aidilfitri 2014 ♥

Assalamualaikum ♥

Alaa, lama giler aku taburkan janji kan blog. kononnya nak bagi tunjuk gambar raya harituh. Ishh... dasar pelupa janjiiikk ! Eh eh, sorry oke lupa ? Jadi pelupa sudah nie sejak dua menjak sebab banyak betul hal yang perlu di selesaikan . Cewaa... macam lah aku nie berkerja padahal duduk rumah jak. Haha.


By the way, Insha Allah.. beberapa minggu lagi . Mungkin ? Mungkin zila dah mula sibuk sikit. Tapi sesibuk manapun kalau ada mood  mengupdate blog insha Allah.. zila akan update dari semasa ke semasa. Cewaa ! Ayatt ambikau.



Tapi betul, zila akan update juga k my blog. Hehe
So, oke lh. Layan dulu lah gambar yang mungkin dah basi tapi bagi zila tak basi lagi oke. Hehe. 


Tahun nie tema ktaorg sekeluarga kunings2 gitu lorh ! haha



Mak selalu cantik sepanjang zaman.


Gegambarss dulu sebelum bersalaman dengan makbapak.


Time nie di rumah Atok & Nenak
Sempat snap dengan bebudakss comel nie juga my cuzzy
Mak & Mck Napsa.


My Cuzzy : Lian
Tuu diaaa.. muka muka orang penat bah, siap cengkak pinggang lagi huhu


 
Jauh di mata dekat di hati

Tahun nie raya adilfitri kami berdua tak dah rezeki bertemu di hari raya pertama tak pe lah Insha Allah doa banyak banyak moga moga tahun depan pulak ada rezeki.




Withlove,
Zila Abdullah
Yang tengah sibuk siapkan entry bertangguh.

03 August 2014

Pemalas


Assalamualaikum


Tampal gambar jap, Oke tak mix & match denim kitee ? just simple jeee.. hee
Adoiiinaaa... lama gilak juga ni nda mengupdate blog kesayangan kan ? Tapi ada jawapan yang lebih pasti boleh zila jawab, iaitu seperti tajuk besar kita dekat atas P E M A L A S ! WHY ? Bagi buuuuuuuuuu dulu lah ramai ramai dekat tuan punya blog ni.
Buuuuuuuuuu....Buuuuuuuuuu....
Hahaha. Pemalas lah update blog ! Eh eh eh Biar zila bagitau dulu lah, pemalas nak menaip oke sejak kebelakangan ni sebab KESIBUKAN MENJADI JADI.


Tau lah seperti sedia maklum sibuk terus empunya blog yang cantik sangat ni. Sibuk dengan keja kejanya. Kejanya ? Kejanya yang nda pasti. Hehe tapi serius kebelakangan ni zila sibuk guys, lain lagi sibuk dengan persiapan Ramadhan yang baru baru ni pastu persiapan raya lagi pastu sibuk mau beraya lagi mau p kahwin sepupu sepapan n kawan2 lagi. Aduina, nasib baik pinggang & badan ni kuat sikit tau kalau nda behh ! Sudah patah semua badan ni. Haha. Tapi kan, kalau perasan lah. Sekarang, zila rajin tu update dekat FACEBOOK zila kan ? Haha. Rajin lah sangat. Iya kot, rajin ! Sebab suka facebook ni ramai kawan zila yang ada facebook. So, itu lah salah satunya faktor kenapa zila suka online facebook.

Apapun, nanti lah update pasal gambar raya baru baru. Hari ni malas pulak nak menaip, so ? wish dulu lah. SELAMAT HARI RAYA FOR MY BLOG DAN MAAF ZAHIR & BATIN. MAAF DI ATAS KEALPAAN SELAMA INI YANG BERNIAT TAHUN NI NAK SELALU UPDATE TAPI TAK MAMPU LAGI NAK TUNAIKAN. SORRY MY BLOG KECINTAAN. Whatever, oke lah guys nanti malas pula suda ni menaip. Nanti hang out lah lagi di entry akan datang. Much love ♥

With love,
Zila Abdullah.
Yang Pemalas. sekian.

13 July 2014

Selamat Ulang Tahun My Cinta !

Assalamualaikum ♥

Alhamdulilah. Akhirnya, dapat juga celebrate & bagi suprise untuk mak time sahur ke 8 pulak tu pastu mak pun masih tidur lagi. Tapi menjadi juga walaupun tanpa plan. Thanks Akak dek, cz dengan bantuan kek nya. Thanks geguys, Arnie Masni Ani Talib Mohammad Idris sebab temankan zila buat suprise walaupun masa tu papak tak dah di sisi mak. sebab papak awal pagi lagi pegi cari rezeki. Apapun, syukur mak rasa terharu jugakkk. Sebab kalau tak silap selama zila hidup tak pernah celebrate birhtday untuk mak. selalu tu, celebrate sekali dengan anniversary perkahwinan makpak tapi kali ni zila nekad nak juga bagi suprise dengan mak. masa haritu, hari ibu tak sambut oke sebab zila memang nak letak betul2 time hari lahir mak. bagi special sikit konon. Walaupun sebenarnya, zila hampir terlupa dengan nekad tu. haha.

Why ?

Sebab masa haritu, punya siokkk lah di bazar sembang2 dengan Jims & Akaknya menjual. Sampai sampai terlupa oh, nasib baik nampak kek kecik tu depan mata terus teringat yang besok tu hari jadi mak rupanya hahaha. Nasib baik oke ? and nasib baik jims murah hati sponsor tu kek  kecik weh. Thanks mamat bangla. yaa. yaaa. ya. cesss ! malu lah... huhu


 
My wish for moms ?

Selamat Ulang Tahun mak ^^
Moga panjang umur di murahkan rezeki banyak banyak.
Dipanjangkan jodoh dengan papak & sentiasa cantik sentiasa kiut.
Sayang mak kali sejuta tanpa ada hujung nya.
Mak juga lah ratu cantik yang tercantik di dunia.
Antara berjuta keindahan dalam hidup, mak lah salah satu paling terindah.
Terima kasih mak, sebab betul betul jadi mak yang sangat3 penyayang, baik hati, sprting gilak, perangai macam budak budak, pelawak dan macam macam lah. I love youuuuuu more and more and more Hajiah @ Nayyang Binti Nurhaji. Hari ni, (06/07/2014) genap umur mak 45tahun. Ashhh.. macam tak caya jak umur mak dengan perangai mak. Macam jauh oke.... mak, zila syg mak tao sgt3. Andai kata, masa boleh panjang dalam dunia zila harap dapat bersama mak dengan masa itu. Tapi, apa boleh buat dunia ni bersifat sementara tidak ada yang kekal selamanya dan andai kata masa boleh putar balik, zila harap dapat bersama mak lagi dari kecik sampai besar ber ulang ulang kali.

Apapun, zila tetap usaha untuk jadi anak yang the best in the world for you mak. Zila tau, zila banyak silap dan mak lah yang paling banyak berkorban macam macam untuk tengok zila happy. Terima kasih mak, tak tergambar dengan kata sayang ini untuk mak. tak terlukis cinta ini hanya untuk mak. Mak, Zila memohon maaf ya andai kata selama zila hidup di samping mak zila selalu buat mak kecewa menangis ker apa. Sungguh, lumrah kehidupan seorang anak dan ibu tak boleh zila hindari. Apapun, Muahhhhhhh for mak ku sayang. Love you...

Dari Anakmu yang banyak cerewetnya. songehnya. merajuknya. panas barannya.
Or whatever.

Ellang ♥


 
Like Moms Like Daughter <3

Zila harap sangat3, macam mana zila dapat jumpa mak di dunia begitulah juga zila dapat jumpa mak di akhirat sana. Insha Allah. Amin.

Ya Allah, Engkau pertemukanlah zila dan maknya di dunia dan akhirat. Amin.


Oke, gaku. lambat update. Sekian.



With Love,
Zila Abdullah
Anak Emas macikNayyang.

29 June 2014

150 kediaman musnah kebakaran di Pangkalan Kunak


Assalamualaikum


Kunak: Sebanyak 150 rumah setinggan dan rumah kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua penghuni gagal menyelamatkan rumah mereka apabila api merebak dengan pantas berikutan jarak rumah yang terlalu dekat.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh, ‎pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.48 pagi dan seramai 12 anggota bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, kebakaran hanya membabitkan dua rumah namun api merebak dengan pantas berikutan keadaan jarak rumah yang terlalu dekat. 


"Pihak bomba sukar mengawal kebakaran dan ia hanya berjaya dikawal selepas hampir empat jam kemudian‎," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.  

Jaafar berkata, pihaknya berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 7.59 pagi. 
 
"Tiada sebarang kejadian membabitkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29  Oleh Norasikin Daineh
-myMetro-.


 
KUNAK: Sebanyak 150 rumah termasuk setinggan dan rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Pangkalan, dekat sini, jam 1.30 pagi tadi.

Kebakaran membabitkan perkampungan seluas 1.6 heKtar itu dapat dikawal jam 5.30 pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang, ketika dihubungi berkata, tiada mangsa maut atau cedera dilaporkan hingga setakat ini.
Beliau berkata, setakat ini anggaran mangsa yang hilang tempat tinggal ialah antara 1,000 hingga 2,000 orang.


"Penempatan itu didiami oleh warga tempatan serta sebahagian lagi warga asing. Kesemua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Kunak," katanya. -BH- 2014/06/29 - 10:06:29 AM



Antara beberapa gambar kejadian Kebakaran di Pangkalan Kunak subuh sekitar jam 1.30 AM - 4.00 AM.

 

 

 

 

agak ngeri juga bila tengok, sedih. Dah lah subuh tu time sahur pertama. Ujian Tuhan kan, bila bila masa jak boleh berlaku. Moga ada hikmah di sebalik semua ini. Amin. 

Sebagai warga Kunak, saya juga turut prihatin dan merasa sedikit kesedihan. apa boleh buat benda sudah jadi, hanya doa saja mampu di beri. Moga mangsa yang terlibat tabah dan kuat untuk menempuh ujian Tuhan kali ini. Amin.


 Subuh.

 
lenyap dengan sekelip mata.


Pagi. Tengah Hari.

 




Seawal pagi untuk mendaftar mangsa mangsa yang terlibat di Dewan Masyarakat Kunak.






 Ringankan tulang untuk membantu mereka. jom ?


Buat warga Pangkalan Kunak, salam takziah. tabahkan hati mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.


 SUMBER GAMBAR & VIDEO : RAKAN FACEBOOK



withlove,
ZilaAbdullah


14 June 2014

Ego

Assalammualaikum

Hai hai hai ! Sebenarnya biar zila terus terang erk ? Hari ni rasa macam tak mood sangat lah entah kenapa, maybe sebab penat ni kot. Tiga hari wey jaga orang sakit. Ibu zila sakit, so agak penat rasanya bila dah boleh balik rumah. Walaupun sebenarnya moment ni berlaku pada 27may-29may. Hehe dah lama dah oke ? Cuma malas menaip jer sejak kebelakangan ni.



Tapi Penat penat pun bersyukur sangat tau, banyak teladan zila nampak sejak jaga ibu di hospital.

Tau tak ?

Betapa nya kita yang sihat ni tak pena bersyukur dari orang yang merasa sakit dan betapanya orang yang merasa sakit itu nak sihat macam kita yang sihat ni. Ya Allah, sungguh alpanya. Manusia manusia. Selalu lupa selalu tak pernah ada kesyukuran nya. 

Tapi sungguh, zila rasa macam kurang bersyukur dengan nikmat sihat. Ego Sikit. Bila zila pikir balik diri sendiri, huiii... kemain. lebih lebih lagi time zila tengah marah tahap #÷^:£€/#×£*; mesti cakap macam ni "Ya Allah, sakitkan lah aku" "Ya Allah, maunya aku kena tahan di hospital" "Ya Allah, maunya aku sakit sekarang ni" aduhai, sungguh tidak ada syukurnya ni orang bah. Tak pena pikiaq, bahwa sesakit sakit hati menahan marah tu lagi ada yang tengah menahan sakit parah dari sakit hati. Boleh tengok kan dari situ ?

Betapa sayang nya Allah sehingga mampu menahan apa saja yang zila cakap. Allahu. Sayang Allah sungguh sungguh. Tapi betulkah zila sayang sungguh sungguh. Ya Allah, ampunkan zila atas semua keegoan dan kealpaan zila selama ini.


Banyak zila rasa "sedar" masa jaga ibu di ward, lebih lebih lagi bila tengok orang yang sakit tenat bila keluarganya datang melawat duinaaa.. rasa macam terasa sedikit kesedihan keluarganya. Tahannya kan kakak kakak nurse punya hati ? Tiap hari nak hadap itu dan ini. Tiap hari dorg tengok kejadian seperti ini. Memang betul lah kata Madam Satu, "Menjadi seorang Nurses ni bukan kerjanya hanya menjaga orang sakit tapi juga menjaga seluruh aspek, agak mencabar tapi tidak mustahil jika jiwa kita kental". Baru aku sedar dari kata katanya itu.

Apapun,
Itu lah kita sebagai hamba ni. tidak pernah ada kesyukuran yang sempurna.

Betapa Allah menyayangi kita. Diberikan hidup yang sempurna. Masih ego untuk kita bersyukur kepadaNya. Semoga kita belajar dari semasa ke semasa tentang kesyukuran kepadaNya. Dan semoga kita sentiasa bersyukur padaNya tidak kira apa jua nikmat yang Dia berikan tanpa sedar ataupun tidak.


WithLove,
ZilaAbdullah.
Yang selalu alpa dan ego.

23 May 2014

Dear you





Dear you,

 Sentiasa aku mendoakanmu.
Meskipun jarak kita begitu jauh. Jangan sedih dan jangan risau. Itu lebih baik
bukan. Kamu jaga dirimu. Aku jaga diriku. Insha Allah.. sentiasa ku berdoa dan minta padaNya supaya menjaga hati ini selalu. Tetapkan hati kita berdua pada yang satu. Dan beri kekuatan kedua hati kita untuk bersatu.

Dan aku tahu.
Kini, ada tali ikatan antara kita berdua.
Yang hanya menunggu masa untuk bersatu.
Bila masanya ? Aku sendiri pun tidak tahu.
Tapi apa yang pasti, semua telah tertulis di Luh mahfuzku.
Dan bergantung kepada pemilik nyawaku,



Hanya doa yang mampu ku kirimkan sebagai tanda aku selalu menantimu. Membawa khabar gembira iaitu menikahiku.



With Love,
Zila Abdullah.

16 April 2014

Wordless Wednesday : Renungkannya



 

Renungkannya ?  


12 April 2014

Childish? Yes, I am!


Assalamualaikum

eh ! aci tak korang kalau entry kali ni aku tak nak buat pendahuluan atau beri ayat ayat cinta bak berbunga bunga? kiranya lepas bagi salam, terus je cerita isi penting. rasanya kira aci la kan kan ? orait.!

Sebenarnya situasi penggiat blog yang tak berapa giat ni, juga seorang kiut ni. eh. terpuji diri sendiri pulak ni. Dan sangat pemalas lagi ni plus sangat kononnya bz jer ni, *walo. punya manyak ninininini* eh betul lah gua bz bro ! bz kenapa. ha tak paya tahu lah. segan nak cerita kat sini. Alright so ?

Nak jadi kan cerita, aku buat entry ni yang tajuknya ehek ehek macam kiut jer ni sebab nak tunjuk gambar jak. huehuehue sory bro ayat terlampau jujur gua bagi. kiki.  fine.aloo. jangan merajuk. meh pujuk pakai gambar yang satu ni.

Ewah ! kemain gambar ala2 zeriuz + senyum kambing gitu. kau.

Actually, begini guys buat masa ni aku betul betul kekeringan idea lah, entah kenapa. Banyak entry bertangguh dalam draft ni. Tapi, apakan daya. Tahap kemalasan melebihi tahap kerajinan wehh. Nie pun, buat entry sebab nak letak gambar dengan budakkecintaansangatnakalkesayangan dalam belog. sebab kononnya nak selarikanlah ni dengan tajuk and nak buat jadi kenangan kot2 bila budakkecintaansangatnakalkesayangan ni dah beso panjang adalah dorang kenang2 kakak kiut dorang ni. *kalaulahdorangtengokbelogni*

So, nahhhh.... gambarnya. malas suda taip panjang2.

Snap Snap kejap sambil pejam mata.

Ehek ehek ! trep trep kiut dulu si kawan kawangs.

Kalau korang tak nampak lagi kiut nya baju biru ni, tak nak kawan lah T_T


 
 Lang. Dimas. Masni. Masliana.

Sayang kali sejuta semua adik adik kakak lang yg kiut kiut ni. Jadi budak yg baik ye sayang2 semua. Jadi anak yg berguna buat ibubapa. amin. Dan ingat, kita hidup di dunia ni, sentiasa ada tanggungjawab. oke ?

With Love,
Zila Abdullah
Yang kiut. Sekian.