BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29 January 2014

Aku Cuba



 
Baik. Baik aku cuba diam saja. Aku tak akan berkata apa apa tentang itu lagi. Baik aku jaga hubungan dengan Allah dulu darimu wahai sang kekasih. Baik, aku akan cuba mengerti. Aku cuba memahami dan aku akan cuba mematangkan diri.

Sungguh. aku rasa mungkin ini jalan dariNya untuk kita mengerti bahawa ujian dalam ikatan memang selalu ada. Memang aku akui, aku selalu bersangka buruk tanpa aku sedari, bahawa sifat itu akan memburukkan diri. Tapi, aku manusia biasa. Tak mungkin lari dari sifat sebegitu rupa. aku akan cuba. Cuba untuk selalu bersangka baik dalam hidup ini. Selalu berfikir positif itu perlu letak dalam diri.


Aku harap moga engkau juga akan mengerti mengapa aku mendiamkan diri. mengapa aku sepi seperti ini. dan aku selalu berdoa moga Allah memberikanmu jalan hidayah diri & sentiasa menjaga istiqamah diri. Moga Allah mendetikkan rasa sedar di hatimu nanti, wahai sang pujaan hati.

Dan juga, aku berharap moga suatu hari. Bila kita bersatu di dalam ikatan suci nanti. Kau akan memimpin diri ini. Kau akan membimbing dan mendukung diri ini agar tidak selalu lalai dalam mengingati diri juga mengingati yang Maha Ilahi.

Aku hanya bergantung sepenuhnya pada Allah. dan aku harap kau juga begitu nanti. Insha Allah, bila kita berdua hanya bergantung padaNya. Percaya. Dia tak akan biarkan kita membuat keputusan yang salah dan Dia akan pastikan masalah yang kita lalui tetap ada jalan penyelesaian. sebab Dia Maha Pencipta kita, Dia tahu kelemahan kita dan Dia tahu untuk kuatkan hatikita.


With Love,
Zila Abdullah.

1 people yang sweet:

Anne Rihann said...

InsyaAllah, Allah sentiasa bersama hambaNya :) jemput singgah blog Anne ye http://rai-raihannah.blogspot.com/