BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

08 October 2014

Selamat Bertunang Jimy dan Zila ♥ | Entry bergambar

Assalamualaikum


Sebenarnya, segan lah nak buat entry ni. Setahun lebih bah pikir mau letak kah atau tidak. Ya lah kan, rasa macam perlukerletakdalamblog. adakerorgnaktau. Tapi bila pikiaq balik, alaaa... hal ni kan antara "big day" dalam hidup, so sebagai seorang blogger ada banyak benda kita boleh share serba sedikit cerita hidup dalam blog lagipun kalau orang pun tak nak tau tak pe sebab entry ni bukan bertujuan nak show off tapi sebenarnya nak di jadikan kenangan untuk masa akan datang at least kalau tak dah orang yang nak baca dan tengok, ada juga anak cucu cicit yang tengok tengok nanti. Future lah katakan.

Well, tak sangka tinggal 44hari lagi dah nak jadi "Bini orang"dah hoii ! Ya Allah. sungguhlah, sungguh semua ini tak di sangka. Sungguh, zila sendiri tak sangka yang mana Encik Tunang ni lah yang bakal peneman hidup zila. Yang akan menjadi zauj zila. Yang akan menjadi imam zila. Dan yang akan menjadi pemimpin & pebimbing zila nanti. Insha Allah. Ya lah, seperti sedia maklum kan Encik tunang ni ehek ehek nanti cerita lah pada entry akan datang haha. Tunggu tau ?

Perancangan Allah kan ? lebih baik dari apa yang kita sangka. Ya ! Yakin dengan Allah dan sentiasa bersangka baik denganNya. Insha Allah, Dia sebaik baik perancang.

So, PerancanganNya dalam hidup zila, seperti hal ini juga



Alhamdulilah, pada 10 August 2013 kami berdua rasminya di tunangkan atas persetujuan kedua dua pihak keluarga. 


Oh ya, lagi satu ramai kengkawan yang tanya pasal gambar tunang kenapa tak pernah zila tunjuk atau upload ? hanya satuduatiga ketoi jak, tu pun berbulan bulan baru zila upload. Ala, korang ni zila malu bercampur segan tau nak hebah hebahkan pasal ni. Kan, tunang ni patut disembunyikan and pernikahan wajib dihebahkan. Tak gitu. Lagi pulak, zila takut nak hebahkan kot kot kita tak tahu kan masa depan. Cewaa ! *padahal ada buat entry teaser ya* Huhu.


Well, malas sudah coleteh panjang sebab lepas ni kembali lagi dengan kesibukan yang melanda.

Korang ! korang layanlah gambar gambar tunang hari tu k. ?


 
Sebelum majlis bermula, keluarga belah laki berkumpul. Time ni kan, zila rasa macam nak kencing tanpa sedar hoiii. Bila macik macik zila bagitau.



Member2 Encik Tunang yang dah di beri nama abg2 handal gitu. clash kau.

Baju putih tu Abang Encik Tunang.  Merangkap Cikgu zila. Cikgu Akbar atau Abang Emmat.


First tu, zila rasa relek jak tapi bila macik macik zila cakap "punya ramai keluarga pihak laki" huii kemain jantung ni berdegup laju tau. Rasa macam Ultraman dan raksaksa bertempur di medan hati. Haha. Ewah !



Kalau nak diikutkan hati sebenarnya, zila nak juga macam orang sekarang pakai pelamin berbalas banyak hantaran dan sewaktu dengannya. Tapi, kata mak tak paya lah sebab alat pun tak ada. nak buat pelamin diy pun masa tu zila tak tau lagi. lagipun sebenarnya zila tunang ni pun dalam masa yang singkat tau, keluarga zila diberitahu masa tiga hari sebelum bertunang. So, agak kelam kabut di situ dah lah raya pertama sibuk kedua sibuk ketiga lagi lah sibuk sebab tunang. So, tak sempat nak beli itu dan ini. jadinya, zila buat majlis ala kadar saja, sederhana gitu. Hantaran, 9 dulang berbalas 4.

Apa yang kena buat, buat lah yang berpatutan dengan mengikut kemampuan kita - begitu lah kata kata mak.

kiranya zila bertunang ni macam suprise lah, eh eh bukan macam tapi memang suprise dari family. Tetiba jer. tanpa pengetahuan zila, encik tunang pun sendiri tak tau oh tapi dalam 2minggu macam tu dia dah tau tapi sengaja tak nak bagitau sebab takut kot zila banyak songeh lagi nanti huehuehue. *takut lah tu kite tak nak dgn die lagi*


 
  1. Jurusolek w Mck Mas - Kedua dua nilah peneman hidup sepanjang  majlis harituh. Nasib baik ada beberapa orang dalam bilik time tuh buat lawak untuk hilangkan nebes tau, sampai sampai zila sendiri tak sedar dah nebes tuh sebab lawak yang dorang buat. Thank you my family ! Muahh.. cuyung kurung *suara abg sudin punye*
  2. Photographer w Videographer - Dua dua ni bukan nya photographer sebenar benar ya, tapi kalau takat ambil gambar and video kira oke lh. Lagipun buat apa membazir, kan dah ada kamera and handycam. Guna lah apa yang ada and suruk jak orang yang kita percayai. Insha Allah, bajet berkurang di situ. Kan Allah tak suka orang yang membazir right ? Cewaaa.. Tapi kalau ada duit mampu bayar photographer and videographer. Apa salahnya kan buat benda yang kita suka.


 

Terima kasih kepada semua saudara mara yang sudi datang dari yang jauh mahupun yang dekat dan bersusah payah membantu my parents dari awal majlis sampai akhir. Hanya Allah Taala saja yang dapat membalasnya.






Special thanks to Mamak Papak yang selalu tak pernah jemu bagi support hati yang keras tapi akhirnya jadi lembut and always be there no matter what, time suka dan duka tetap bersama gituh! and zila harap, tanggungjawab dan tugas zila sebagai seorang anak perempuan satu satunya sudah terlaksana sebaik mungkin.

Insha Allah, selagi mana zila hidup di dunia ni selagi itu lah tak kan pernah zila hilangkan rasa hormat, taat dan segan zila dengan makbapak. Bapak lah yang paling banyak berjasa & kaya untuk menyara hidup zila selama zila hidup di dunia ini dan Mak juga lah yang paling banyak berkorban macam macam sampai sanggup mengalirkan airmata banyak2 kali semata mata untuk tengok zila happy. Ayoy ! sebak pula.. Ya Allah. Sungguh aku menyayangi hambaMu kedua ini. Jaga kan dua insan mulia ini untukku.

Oke, lap airmata kejap....
Next ???
  1. Aloooo, malu malu lagi tau, wahaha. siap ketawa ketawa lagi. Itu lah cikgu azmil punya pasal lah tu buat lawak sampai sampai gigi zila nampak weyy... blushing tau.
  2. Alhamdulilah. Dah kena ikat rupanya pakai cincin. haha.
  3. Acececeh, bakal menantu solehah kunun. Siap dengan penuh sungguh sungguh salam khonnn.


Ujian masa bertunang atau lebih dikenali "darah manis" - Alhamdulilah syukur. Rasanya, kami berdua takda masalah. nak curang ke, memang tak pernah wujud. masalah keluarga, lagi lah tak wujud. tapi benda paling rasa masa bertunang adalah kewangan. macam-macam benda nak pakai duit. Dan macam macam duit da habis macam itu air yang keluar oh, entah kenapa bisa jadi cenggitu ? Ewah !

tapi zila percaya bahawa rezeki ALLAH tu luas lebih lebih lagi bila kita nak mendirikan rumah tangga. Insha Allah, yakin dengan ALLAH. Sebab ALLAH tu Maha Pemurah dan Maha Mengetahui.




Apapun, doakan zila ya korang. Doakan supaya zila mampu mengharungi ujian hidup yang lebih besar selepas ini. Sebab mungkin selepas ini, zila akan berdepan dengan banyak lagi hal yang zila belum ketahui. Alam rumahtangga kan macam macam boleh jadi dan macam macam boleh berlaku.

Tapi, seperti zila cakap tadi. Bersangka baik itulah adalah sifat yang paling menenangkan hati right ? So, Apapun terjadi lepas ni zila akan cuba, cuba sehabis yang boleh, cuba untuk bersangka baik selalu, cuba sekuat yang boleh untuk terus pertahankan rumahtangga zila nanti. Cuba mematangkan diri dari masa ke semasa dengan penuh kesabaran. Ewah ! Ada ciri ciri isteri solehah ni. Haha. Isteri solehah loh sangat !

 
Setelah setahun lebih diikatkan, kenal hati budi masing masing. Alhamdulilah, walaupun masa tunang tu kami berdua ni tak dah hati sangat lagi macam masih kawan kawan lagi tapi syukurr.. sikit sikit zila dan dia belajar untuk saling menerima antara satu sama lain.

Ya lah sebelum ni kan sebenarnya zila rasa susah sikit terima dia balik, ya lah budak metal bro ! susah weh nak paham perangai dia tapi selepas tengok cara dia tunjukkan kesungguhannya dan usahanya untuk mendapatkan hati zila balik alhamdulilah, sikit sikit zila rasa mula macam ♡♡♡♥♥♥. macam terharu sikit sikit. Sikit jer ya tak boleh banyak banyak tau. Lepas kahwin baru boleh banyak banyak. Hehe




Norazilah Abdullah (Lang) Mohd Idris (Jims)



Alhamdulilah, sampai  saat ini kami berdua mampu menjalani peperiksaan diri dalam ikatan pertunangan. Syukurrr, setengah bulan lagi insha Allah kami dah nak kahwin wehh. setelah setahun lebih diikatkan. Wekkk ! Lamanya tu. tapi lama lama pun bila kenang balik macam best pulak, whyy ??? eh eh eh bila lah rahsiaaaaa.. hah nyanyi kau. 

So so so ? sebelum entry ni ditutup tirainya, koranggg.. zila nak bagi dua  pesanan ni, boleh kan ? Oke. Pesanan pertama, zila nak korang tengok tau entry walimatul urus nanti dan Pesanan kedua, zila nak korang doakan dan aminkan doa di bawah ini k. Much love ♥


ya ALLAH, mudahkanlah urusan pernikahan zila dan jangan
dipersulitkan. Aminn ya RabbalAalaminn..



With love,
Zila Abdullah
Bakal permaisuri hati,
Mohd Idris Hj. Abdullah

0 people yang sweet: