BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29 June 2014

150 kediaman musnah kebakaran di Pangkalan Kunak


Assalamualaikum


Kunak: Sebanyak 150 rumah setinggan dan rumah kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua penghuni gagal menyelamatkan rumah mereka apabila api merebak dengan pantas berikutan jarak rumah yang terlalu dekat.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh, ‎pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.48 pagi dan seramai 12 anggota bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, kebakaran hanya membabitkan dua rumah namun api merebak dengan pantas berikutan keadaan jarak rumah yang terlalu dekat. 


"Pihak bomba sukar mengawal kebakaran dan ia hanya berjaya dikawal selepas hampir empat jam kemudian‎," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.  

Jaafar berkata, pihaknya berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 7.59 pagi. 
 
"Tiada sebarang kejadian membabitkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29  Oleh Norasikin Daineh
-myMetro-.


 
KUNAK: Sebanyak 150 rumah termasuk setinggan dan rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Pangkalan, dekat sini, jam 1.30 pagi tadi.

Kebakaran membabitkan perkampungan seluas 1.6 heKtar itu dapat dikawal jam 5.30 pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang, ketika dihubungi berkata, tiada mangsa maut atau cedera dilaporkan hingga setakat ini.
Beliau berkata, setakat ini anggaran mangsa yang hilang tempat tinggal ialah antara 1,000 hingga 2,000 orang.


"Penempatan itu didiami oleh warga tempatan serta sebahagian lagi warga asing. Kesemua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Kunak," katanya. -BH- 2014/06/29 - 10:06:29 AM



Antara beberapa gambar kejadian Kebakaran di Pangkalan Kunak subuh sekitar jam 1.30 AM - 4.00 AM.

 

 

 

 

agak ngeri juga bila tengok, sedih. Dah lah subuh tu time sahur pertama. Ujian Tuhan kan, bila bila masa jak boleh berlaku. Moga ada hikmah di sebalik semua ini. Amin. 

Sebagai warga Kunak, saya juga turut prihatin dan merasa sedikit kesedihan. apa boleh buat benda sudah jadi, hanya doa saja mampu di beri. Moga mangsa yang terlibat tabah dan kuat untuk menempuh ujian Tuhan kali ini. Amin.


 Subuh.

 
lenyap dengan sekelip mata.


Pagi. Tengah Hari.

 




Seawal pagi untuk mendaftar mangsa mangsa yang terlibat di Dewan Masyarakat Kunak.






 Ringankan tulang untuk membantu mereka. jom ?


Buat warga Pangkalan Kunak, salam takziah. tabahkan hati mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.


 SUMBER GAMBAR & VIDEO : RAKAN FACEBOOK



withlove,
ZilaAbdullah


14 June 2014

Ego

Assalammualaikum

Hai hai hai ! Sebenarnya biar zila terus terang erk ? Hari ni rasa macam tak mood sangat lah entah kenapa, maybe sebab penat ni kot. Tiga hari wey jaga orang sakit. Ibu zila sakit, so agak penat rasanya bila dah boleh balik rumah. Walaupun sebenarnya moment ni berlaku pada 27may-29may. Hehe dah lama dah oke ? Cuma malas menaip jer sejak kebelakangan ni.



Tapi Penat penat pun bersyukur sangat tau, banyak teladan zila nampak sejak jaga ibu di hospital.

Tau tak ?

Betapa nya kita yang sihat ni tak pena bersyukur dari orang yang merasa sakit dan betapanya orang yang merasa sakit itu nak sihat macam kita yang sihat ni. Ya Allah, sungguh alpanya. Manusia manusia. Selalu lupa selalu tak pernah ada kesyukuran nya. 

Tapi sungguh, zila rasa macam kurang bersyukur dengan nikmat sihat. Ego Sikit. Bila zila pikir balik diri sendiri, huiii... kemain. lebih lebih lagi time zila tengah marah tahap #÷^:£€/#×£*; mesti cakap macam ni "Ya Allah, sakitkan lah aku" "Ya Allah, maunya aku kena tahan di hospital" "Ya Allah, maunya aku sakit sekarang ni" aduhai, sungguh tidak ada syukurnya ni orang bah. Tak pena pikiaq, bahwa sesakit sakit hati menahan marah tu lagi ada yang tengah menahan sakit parah dari sakit hati. Boleh tengok kan dari situ ?

Betapa sayang nya Allah sehingga mampu menahan apa saja yang zila cakap. Allahu. Sayang Allah sungguh sungguh. Tapi betulkah zila sayang sungguh sungguh. Ya Allah, ampunkan zila atas semua keegoan dan kealpaan zila selama ini.


Banyak zila rasa "sedar" masa jaga ibu di ward, lebih lebih lagi bila tengok orang yang sakit tenat bila keluarganya datang melawat duinaaa.. rasa macam terasa sedikit kesedihan keluarganya. Tahannya kan kakak kakak nurse punya hati ? Tiap hari nak hadap itu dan ini. Tiap hari dorg tengok kejadian seperti ini. Memang betul lah kata Madam Satu, "Menjadi seorang Nurses ni bukan kerjanya hanya menjaga orang sakit tapi juga menjaga seluruh aspek, agak mencabar tapi tidak mustahil jika jiwa kita kental". Baru aku sedar dari kata katanya itu.

Apapun,
Itu lah kita sebagai hamba ni. tidak pernah ada kesyukuran yang sempurna.

Betapa Allah menyayangi kita. Diberikan hidup yang sempurna. Masih ego untuk kita bersyukur kepadaNya. Semoga kita belajar dari semasa ke semasa tentang kesyukuran kepadaNya. Dan semoga kita sentiasa bersyukur padaNya tidak kira apa jua nikmat yang Dia berikan tanpa sedar ataupun tidak.


WithLove,
ZilaAbdullah.
Yang selalu alpa dan ego.