BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

29 June 2014

150 kediaman musnah kebakaran di Pangkalan Kunak


Assalamualaikum


Kunak: Sebanyak 150 rumah setinggan dan rumah kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua penghuni gagal menyelamatkan rumah mereka apabila api merebak dengan pantas berikutan jarak rumah yang terlalu dekat.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh, ‎pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.48 pagi dan seramai 12 anggota bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian.
"Setibanya di lokasi, kebakaran hanya membabitkan dua rumah namun api merebak dengan pantas berikutan keadaan jarak rumah yang terlalu dekat. 


"Pihak bomba sukar mengawal kebakaran dan ia hanya berjaya dikawal selepas hampir empat jam kemudian‎," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.  

Jaafar berkata, pihaknya berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 7.59 pagi. 
 
"Tiada sebarang kejadian membabitkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/29  Oleh Norasikin Daineh
-myMetro-.


 
KUNAK: Sebanyak 150 rumah termasuk setinggan dan rumah kedai musnah dalam kebakaran di Kampung Pangkalan, dekat sini, jam 1.30 pagi tadi.

Kebakaran membabitkan perkampungan seluas 1.6 heKtar itu dapat dikawal jam 5.30 pagi tadi.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Nilwan Kabang, ketika dihubungi berkata, tiada mangsa maut atau cedera dilaporkan hingga setakat ini.
Beliau berkata, setakat ini anggaran mangsa yang hilang tempat tinggal ialah antara 1,000 hingga 2,000 orang.


"Penempatan itu didiami oleh warga tempatan serta sebahagian lagi warga asing. Kesemua mangsa akan ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Masyarakat Kunak," katanya. -BH- 2014/06/29 - 10:06:29 AM



Antara beberapa gambar kejadian Kebakaran di Pangkalan Kunak subuh sekitar jam 1.30 AM - 4.00 AM.

 

 

 

 

agak ngeri juga bila tengok, sedih. Dah lah subuh tu time sahur pertama. Ujian Tuhan kan, bila bila masa jak boleh berlaku. Moga ada hikmah di sebalik semua ini. Amin. 

Sebagai warga Kunak, saya juga turut prihatin dan merasa sedikit kesedihan. apa boleh buat benda sudah jadi, hanya doa saja mampu di beri. Moga mangsa yang terlibat tabah dan kuat untuk menempuh ujian Tuhan kali ini. Amin.


 Subuh.

 
lenyap dengan sekelip mata.


Pagi. Tengah Hari.

 




Seawal pagi untuk mendaftar mangsa mangsa yang terlibat di Dewan Masyarakat Kunak.






 Ringankan tulang untuk membantu mereka. jom ?


Buat warga Pangkalan Kunak, salam takziah. tabahkan hati mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini.


 SUMBER GAMBAR & VIDEO : RAKAN FACEBOOK



withlove,
ZilaAbdullah


1 people yang sweet:

amie syikin said...

salam...apa tajuk lagu dlm blog kamu ni?tq..