BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 September 2014

Take Me Home


Assalamualaikum


Tak tahu kenapa sejak dua menjak ni, hati rasa macam berbunga bunga bak bertaman taman yang indah.  ewah! Sangat tunjuk perasaan. Syukur alhamdulillah,  Allah bagi nikmat yang satu ni. Tapi serius, zila rasa macam terharu ! Terharu lah sangat.


Selepas kejadian haritu, kes zila patah hati dengan ex. Time tu zaman kejatuhan zila menaik sebab tak tahu lah nak explain macam manakan, hanya mampu zila cakap "oh sakit betul hati ni di buatnya". kesian hati ni tau. Berdarah darah olehnya. Tapi alhamdulilah, zila mampu balut luka hati itu selepas banyak bergantung dengan Tuhan dan percaya bahawa zila tetap akan bahagia suatu hari nanti walau tak bersama dia lagi. And its that true ! Kepercayaan zila tak sia sia dan kebergantungan zila padaNya mendapat hikmah.



Harituu, zila nampak ex depan mata. Berjalan penuh mesra. Oh indah khabar dari rupa tapi zila biarkannya, sebab itu bukan urusan zila lagi. Itu urusan dia dengan Maha Ilahi.

Bila terpikir balik, oh ada hikmah yang terjadi disebalik semua ini. Tuhan uji sebab sayang. Tuhan uji sebab ada hikmah Dia bagi. Hikmahnya ? Bila zila dah mula sembuh dari patah hati tiba tiba ada muncul seorang lelaki. Yang begitu berusaha untuk mendekati diri.



Oh ? Lelaki ini. Lelaki ini yang pernah ku temui. Lelaki ini yang pernah ku sayangi. Lelaki ini yang pernah kucintai. Tapi kenapa dia lagi ? Kenapa oh kenapa ? Adakah ini jodoh yang diberi. Adakah ini cinta yang pertama yang pernah hilang seketika ini. Lalu datang kembali mengetuk pintu hati. Oh tidakkk ! Zila mesti bertegas dengannya kali ini. Mesti percaya, "dia hanya serius denganku setelah kepercayaanku diragut kembali olehnya".

Awalnya zila rasa keras hati nak terima dia balik, rasa susah sikit lawan hati yang penuh curiga ini. Tapi,

Tiba tiba zila tertanya tanya pada diri,

Oh zila ! Mengapa kau begitu keras hati, sehingga dia yang mencintaimu selama ini tak pernah kau pandangi. Tak pernah sama sekali kau lihat dia masih ada di hati. Alaa, semua lelaki tidak boleh dipercayai 100% di sini. Dunia ini macam macam boleh jadi.

Tapi hari makin hari, makin rasa ada sikit yang singgah di hati, macam simbol ini ♥ . Tapi boleh kah ini, ya Allah. Sungguh ya Allah. Fitrah ini tak boleh ku hindari. Fitrah ini tiba tiba ada terasa kembali. Ya Allah, sesungguhnya jagakanlah hati ini agar tidak akan tersakiti lagi. Aku mohon ya Allah, hanya sekali ini. Tolong jaga perasaan fitrah ini. Amin.



Kepadamu pulak yang kini MUNGKIN ada di hati, tolong jaga hati ini sekali lagi dan akan selamanya nanti. Aku tak ingin seperti dulu lagi. Kecewa dengan sikap mu begitu dan begini. Tolong jaga perasaan semua sekali.  Walaupun ku tahu kau usaha untuk semua ini. Kau tabah jalani kerenahku yang mengarangkan diri. Alaa, tabahkan dirimu wahai sayang ! Cisss... malu pulak ni. tapi ketahuilah betapa semua ini hanya menunggu masa kita bersatu di dalam ikatan suci.

Kau tahu wahai sayang, ketabahanmu membuatku rasa rendah diri. Tulusnya hatimu sehingga ku tak nampak selama ini. Terima kasih ku ucapkan sekali lagi di atas besarnya pergorbanan mu selama ini. Insha Allah, bergantung kepada Dia Yang Maha Esa, moga menjaga kita berdua. Amin.



Ya Allah, Aku sedar Engkau Maha Mengerti. Engkau Maha mengetahui. apa yang tersirat di dalam hati kecil ini. Yang selalu berkata, betapa aku  ingin lelaki ini membimbingku, betapa aku ingin lelaki ini menjadi suamiku, betapa ku ingin lelaki ini menjadi tulang rusukku, betapa ku ingin lelaki ini menjadi zauj ku , dan betapa ku ingin lelaki ini yang tertulis di Luh Mahfuzku. Aku tak tahu semua rancanganMu ya Allah tapi jika benar aku adalah rusuk kirinya yang hilang. Permudahkan lah jalan kami berdua, agar bila dugaan demi dugaan datang menyapa. Kami berdua dapat tempuhi bersama sehingga nafas terakhir menyapa. Ya Allah, hanya padaMu aku berserah.. hanya padaMu tempat ku selalu bergantung. Amin ya rabb.

P/s : Happy Anniversary for 1 year. 10august2014 haritu. Hope, till the end with him InshaAllah selagi mana Allah izinkan. 25hari lagi wehh, untuk sampai kemuncak. mohon doanya ya sahabat semua. moga majlis yang tak lama lagi nie, di permudahkan urusan olehNya. Amin.


With love,
Zila Abdullah.
Yang tengah sibuk siapkan entry yang bertangguh tangguh.
Sekian.