BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

16 December 2015

Trismester 3

Assalamualaikum..

Oke. Gaku.. Dekat 1 tahun tak pernah update blog. Sekian. Hee

Alhamdulilah.. usia kandungan sudah pun mencecah 8 bulan. Worep ! worep ! Bermakna baki bulan yang tersisa lagi 1 bulan untuk jumpa si kecik comel omel dalam perut ni. Due 30/04/2016 ni huhay! Tak sabar nya rasanya tunggu waktu tu tau.. Huhu.. rasa macam eh.. cepat lah masa berlalu tak sabar aku mau tengok cinta hati harta berhargaku ni.. tolonglah.. hati meronta ronta suda ni. Tapi kena tetap bersabar dan bersabar sehingga last 3rd trimester. Seee! Akhirnya berjaya tinggal tunggu waktu yg tersisa jak ni.

Hari makin hari makin terasa gerak gerak dalam perut... ajaibnya rasa bila jadi bakal seorang ibu ni rupanya... terasa dunia ni, hari ke hari indahnya tidak terhitung.. walaupun ya, aku seorang yg banyak songeh jugk lah time mengandung hehe... part paling best, bila terbangun dari tidur dalam jam 2 atau 3 terpaksa lah si husband bangun buatkan bini nya air panas + bubur nasi. Indah moment tu. Macam rasa diri ni princess dalam dunia sendiri. Huhayyy...

So, setakat ni jak lh ceritanya ya.. insha Allah. Mohon doanya supaya rajin2 lh pemilik blog ni update blognya... k tata..

Dear jljunior,
Ibu and Yaya can't wait to see you sayang. Membesar dengan sihat ya anak ibu!
Toodles! 😘

With love,
Zila Abdullah

31 May 2015

Its POSITIVE !

Assalamulaikum


Seperti sedia maklum rasanya ramai suda yg tau, aku adalah salah seorang remaja yang berkahwin pada usia muda yang bolehlah dikatakan sebagai orang "kahwin muda" gituuu... Bertunang pada umur 19 tahun dan dinikahkan pada umur 20 tahun. Atas permintaan keluarga dan permintaan diriku sendiri untuk menamatkan zaman single pada waktu yang awal dan pada waktu semua kawan-kawanku yang lain sedang menikmati zaman remaja mereka. 

Tapi apa yang boleh aku katakan sebagai gambaran adalah Alhamdulillah. Seperti aku katakan sebelum ini, hidupku kini selepas berkahwin sememangnya 90% berubah. Daripada hidup seorang, kini hidup berdua bersama suami yang amat ku sayangi. Satu pengalaman yang sangat manis diberi peluang hidup bersama orang petama yang kita cintai dan dalam masa yang sama merasa diri ini dicintai setiap hari :') asehmen! Hehe ayat sweett wehh.. 

So, suami isteri mana yang tak mau ada baby kan ? Semua mau bah. Hihi *tipu kalau takmau* dan begitu juga lah kami berdua. Sebenarnya takda plan pun, cuma plan nya kalau ada rezeki awal syukur dan kalau tak awal lagi pun sama juga berusahaa gituu... Tapi, mungkin Allah telah tuliskan... jadi ceritanya begini, setelah usia perkahwinan kami 6 bulan. Allah telah memanggil Arwah mertua lelaki kembali ke Rahmatullah. Pada 1 April lepas, sedih dan sebak juga lah sebab tinggal tu jak mertua yg ada. Mertua perempuan dah pergi awal sebelum aku bertemu dengan suami. Tapi aku redha, mungkin bukan rezekiku untuk menikmati zaman manis.. menantu yg mempunyai kedua dua mertua. (Al-Fatihah buat kedua dua mertua ) semoga mereka berdua ditempatkan di org org beriman. Amin. So, sesiapa yg masih mempunyai kedua dua mertua. Hargailah dan nikmatilah dengan sebaiknya sebab Allah masih bagi peluang nikmat yg diberi kepada anda. 

Jadinya selepas tu, dalam pada sehari hari kenduri Arwah mertua tu. Aku rasa macam sakit2 jak. Macam pelik, sebab sebelum ni tak pernah macam ni. Dimulakan dengan sakit gigi bila malam jak, pastu loya muntah2 dan magrain menjadi2. Tapi paling ketara rasa, ulu hati wehh macam di gigit2 jak. So, mungkin aku rasa aku ni gastrik kalliii.. huhu jadi aku ni pun amalkan lah petua2 gastrik ni. Tapi hasilnya tetap sama malah aku rasa berlarutan pula sakitnya ni. Ramai juga yg cakap yg aku ni mengandung, tapi dalam hati eh takkan lah sebab aku baru period 29march haritu 3hari sebelum Arwah mertua meninggal. Takkanlah. 

Tapi kata ipar2 semua, baik pergi check maybe mengandungkah atau memang ada sakitkah ? Jadi pada satu pagi tu 14April aku pun dan suami pergi lah check dekat hospital. Last2 check punya check "NEGATIVE" okeyyy ??? Aku tak mengandung tapi kata nurse yg jaga tu (kakzalina) maybe aku mengandung tapi masih awal dan kemungkinan mau2 mengandung kalii hehehe tapi bagi aku mungkin aku memang tak mengandung sebab masih awal bah hahaha.

Ni dia hasilnya test pertama pada 14April2015 "NEGATIVE"

Tapi kan, selepas tu aku tak tahu lah sakit tu masih berlarutan juga sampailah aku memilih "makanan", mudah pening, loya, kerap kencing, cepat lapar, perut sakit2 *kdg2*, pedih ulu hati, muntah2, tak suka wangian yg trlampau wangi, dan aku pun macam errr!!! Kenapa ni???? Then, aku pun google lah semua tu last2 tu semua mirip tanda kehamilan. Jadi aku pun apa lagi, mengandungkah aku ni ??? Hehe dengan esaitednya aku pergi pekan lah bawa mak masa tu beli urine test lah konok2 mau testlah. Beli kat Klinik Dnar. Pastu, aku pernah baca satu blog ni bila mau test tu lagi bagus kalau waktu subuh2. Jadi, aku pun apa lagi bangun awal terus test, last tu satu line merah ni cepat jak ada tak sampai 2saat macam tu satu lagi line merah pudar ada. So, mungkinkah aku mengandung?? *moodmasihtakpercaya*


  Hasil test kedua pakai urine test pada 22Mei2015 "POSITIVE"


Tapi apa boleh buat aku masih tak percaya dan masih samai2 gituuuu... jadinya dengan mood yg tak puas hati ku bawa lah sampai aku ke hospital. Kali ni aku dan mak pergi. Takmau jugak mau check jugakkk, sampai sana dalam pikiran lama lagi aku menunggu ni, sudalah aku tengah esaited ni.. last2 Allah bantu, akhirnya aku juga orang kedua yg dipanggil hihi masuk dalam bilik doc, doc tu tanya.. 


Doc : Kenapa ya puan ?
Aku : Terus ku jawab dengan cepat, Doc saya nak urine test ?
Doc : Ok, jap ye *dia bagi surat* pergi bilik makmal ye
Aku : Ok, doc.. :)


Sampai bilik makmal laju jak aku buat kerja bah. Sementara tunggu keputusan, aku dan mak ni apa lagi esaited wehhh... dan aku lagi esaited sebab takut, takut negative lagi macam haritu.. ye lah malu wehh semua orang tau yg aku ni mengandung last2 tidak pula. Huhu aduhh malu tu.Puan Nooraziilah ? Ya, saya. Tengok2 Positive Alhamdulillah,  Tak terkata rasa syukur ini di saat tu dan mak pun sgt2 bersyukur akhirnya dia dapat cucu nanti huhu. Aku dan mak cepat ke bilik doc tadi, then nampak sgt kesibukan doctor masa tu then dia nampak aku dah masuk tapi dalam bilik ramai org so dia tanya jak terus positive or negative. Aku pun jawablah, positive. Then doc tu cakap "Tahniah! Nanti terus daftar ya dekat kki depan. Aku jawab, ok doc :) 


 Hasil test ketiga di hospital pada 28Mei2015 "POSITIVE"


Akhirnya, ku percaya juga yang aku memang pregnant hehe tak sangka genap 7 bulan usia perkahwinan kami akhirnya Allah hadirkan penyeri hidup kami yang tak lama lagi, insha Allah... Alhamdulillah,  syukur ya Allah. Hanya KuasaMu yg tiada tandingannya. Setelah Kau bawa pergi seseorang yg bermakna dalam hidup, dengan KuasaMu Kau hadirkan pula seseorang khalifah yg akan muncul di dunia ini insha Allah.

So, hanya entry sedih + gembira ni sajalah yang mampu aku share setakat ni. Dan buat masa ni, masuk 8 minggu kandungan morning sickness tu agak kurang sikit aku rasakan lah cuma yg muntah kdg2, lemah badan, pening2 hanya Allah jak yg tau, tapi tak pa aku tetap kuat demi baby comel dalam rahim ni dan aku akan tetap berusaha menjaga zuriatku ini dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan. Oh ya, doakan ya semoga baby dalam kandungan sentiasa sihat dan cepat membesar dengan sempurna dan doakan juga ibunya ni moga sentiasa kuat melawan morning sickness huhu Amin.. 



With love,
Mrs Jims

28 April 2015

Sekali lafaz

Assalamualaikum


Bismillahirrohamnirrahim...

Alhamdulilah, pertama sekali terima kasih ya Allah atas nikmatMu yg satu ini.

Dengan sekali lafaz, 



Aku terima nikah NORAZILAH BINTI ABDULLAH dengan mas kahwinnya 100.00 ringgit tunai..

 Sah ? 

Sah!! Ijab Kabul...


Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah.. Dengan begitu lajunya air mataku jatuh ke pipi. perasaan di saat itu sepertinya tak mampu ku ungkap dengan kata-kata. seperti ada sesuatu yang masuk ke dalam diri ini. Mungkin itu cara Allah menyatakan padaku bahawa "engkau bukan lagi hak ibu bapamu. sekarang engkau adalah hak sepenuhnya insan bernama Mohd idris Bin Abdullah ketaatanmu adalah kepada dia. redhaKu kepadamu adalah bergantung kepada redhanya kepadamu."

Bermula dengan saat itu, kini aku memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suamiku yg bernama MOHD IDRIS BIN HJ ABDULLAH atau lebih dikenali sebagai JIMY@JIMS. Asehmen ! Hihi. Alhamdulillah, syukur sangat. Allah masih memberikan kami kesempatan untuk melayari bahtera perkahwinan yang penuh pancaroba ini. Ewah. Tetiba.


Ok fine !

Bermulanya hidup sebagai seorang isteri itu.... memang BEST ! Walaupun rasa nya masih awal baru masuk 6 bulan tapi aku rasa hidupku kini memang boleh lah di katakan 90% BERUBAH.


Kenapa BERUBAH ?

Yalah, kalau dulu... orang ketiga selepas Allah dan Rasul mestilah ibubapa kan, tapi sekarang suami. Oleh itu wajarlah, selepas berkahwin dosaku ditanggung oleh suamiku. ketaatanku jatuh kepadanya. jadinya, sekarang aku kena belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. supaya jika baginya apa yang aku buat dan mana yang aku pergi itu tidak baik, bolehlah suamiku menasihatiku terlebih dahulu. walaupun mungkin pada aku tiada apa-apa, tetapi mungkin tidak baginya. Yalah, telah Allah tuliskan bahawa dia imamku, pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku, yang tahu mana yang baik dan mana yang buruk untukku Insha Allah.

Kalau dulu aku suka jalan sana sini. Tak da ya perlu minta2 izin paling pun minta izin dari mak atau bapak jak, sendiri pun nda apa tapi sekarang Haaa !! Beza. Sebab bezanya ke mana kita pergi mesti ada suami gituu dan mesti minta izin terlebih dulu darinya kalau nak pergi mana mana. Hahh !

Kalau dulu, aku online dari pagi sampai malam pastu sampai pagi then malam balik pun tak apa. Tapi, sekarang macam berubah suda. Yalah, dah ada "abg" lah kunun. So, hobi online tu macam kurang sikit. Macam mau ditinggalkan mau tidak jak bah hihi. sebab tu lah blog ni menyepi jak.

Lagi satu kalau dulu penulisan ku di alam maya semua main hantap jak ikut suka hati aku jak tapi sekarang dah tak boleh weyy.. Sebab ? Aku mula terfikir dan sedar bahawa aku adalah seorang isteri mestilah aku melambangkan suamiku. Dan dia juga melambangkan aku. Kan kami 2 in 1 gituu... So, apa dia buat mesti melambangkan aku dan begitu juga dengan aku apa aku buat mesti melambangkan dia. Jadinya, sekarang aku kena berhati hati dengan pergaulan dan pertuturan sama ada di alam maya ataupun di alam nyata.

Sebenarnya banyak lagi aku kena belajar nie, insha Allah... dari semasa ke semasa aku akan berusaha mempelajari lagi banyak perkara. Dengan nasihat dan sokongan dari suami tercinta. insha Allah, aku boleh bah. Asehmen ! *hekhekhek*


^^^^^^^^^^^^^^^^


Oh ya, Ya Ampunnnn... lama juga tak jenguk blog aku ni *hukhukhuk* singgah pun nda da ya. Last entry pun pasal new year kan ? Haritu, janji mau letak konon konon walimatul urus lah mau jemput pembaca blog aku ni tapi last last nda da juga hehe dasar pelupa janji bah kan si lang ni. Yalah, lain kali nda janji lah takut nanti selalu termungkir janji pula. So, see u later blog. Insha Allah ada masa aku akan kongsikan lagi banyak cerita k. 

Dan buat semua yg membaca blog aku ni, harap korang doakan agar kami berdua sentiasa di berkati Allah, selamat bercinta hingga ke syurga, bahagia hingga ke jannah, dan dapat membina masjid yg indah serta moga kami berdua dapat memberi manfaat buat banyak orang insha Allah..


   "The most beautiful thing in the world can't be seen, no touched, but are felt in the heart".





Ps : lama juga ya aku tinggalkan belog kesayangan ku nie, alaa sorry belog. =D



With love,
Mrs Jims.

01 January 2015

Assalamualaikum 2015

Assalamualaikum ♥
Selamat Tinggal 2014.
Kenangan bersamamu akan ku simpan di hati sampai bila bila. Pahit Manis yang kau beri itu penuh bermakna bagiku, insha Allah akan ku ingati selamanya.
Assalamualaikum 2015.
Harap bersamamu akan dipenuhi dengan warna warni yang indah bersama suami yg tercinta. Amin. Acececeh..




 P/s : lamanya nda meng ' updated blog. Alololo. Hehe. Sabar2 ya. Musim MALAS menaip masih melanda, huhu.

So,


HappyNewYear2015 and SelamatTahunBaru2015 people !

With love,
Mrs Jims.