BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

28 April 2015

Sekali lafaz

Assalamualaikum


Bismillahirrohamnirrahim...

Alhamdulilah, pertama sekali terima kasih ya Allah atas nikmatMu yg satu ini.

Dengan sekali lafaz, 



Aku terima nikah NORAZILAH BINTI ABDULLAH dengan mas kahwinnya 100.00 ringgit tunai..

 Sah ? 

Sah!! Ijab Kabul...


Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah.. Dengan begitu lajunya air mataku jatuh ke pipi. perasaan di saat itu sepertinya tak mampu ku ungkap dengan kata-kata. seperti ada sesuatu yang masuk ke dalam diri ini. Mungkin itu cara Allah menyatakan padaku bahawa "engkau bukan lagi hak ibu bapamu. sekarang engkau adalah hak sepenuhnya insan bernama Mohd idris Bin Abdullah ketaatanmu adalah kepada dia. redhaKu kepadamu adalah bergantung kepada redhanya kepadamu."

Bermula dengan saat itu, kini aku memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suamiku yg bernama MOHD IDRIS BIN HJ ABDULLAH atau lebih dikenali sebagai JIMY@JIMS. Asehmen ! Hihi. Alhamdulillah, syukur sangat. Allah masih memberikan kami kesempatan untuk melayari bahtera perkahwinan yang penuh pancaroba ini. Ewah. Tetiba.


Ok fine !

Bermulanya hidup sebagai seorang isteri itu.... memang BEST ! Walaupun rasa nya masih awal baru masuk 6 bulan tapi aku rasa hidupku kini memang boleh lah di katakan 90% BERUBAH.


Kenapa BERUBAH ?

Yalah, kalau dulu... orang ketiga selepas Allah dan Rasul mestilah ibubapa kan, tapi sekarang suami. Oleh itu wajarlah, selepas berkahwin dosaku ditanggung oleh suamiku. ketaatanku jatuh kepadanya. jadinya, sekarang aku kena belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. supaya jika baginya apa yang aku buat dan mana yang aku pergi itu tidak baik, bolehlah suamiku menasihatiku terlebih dahulu. walaupun mungkin pada aku tiada apa-apa, tetapi mungkin tidak baginya. Yalah, telah Allah tuliskan bahawa dia imamku, pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku, yang tahu mana yang baik dan mana yang buruk untukku Insha Allah.

Kalau dulu aku suka jalan sana sini. Tak da ya perlu minta2 izin paling pun minta izin dari mak atau bapak jak, sendiri pun nda apa tapi sekarang Haaa !! Beza. Sebab bezanya ke mana kita pergi mesti ada suami gituu dan mesti minta izin terlebih dulu darinya kalau nak pergi mana mana. Hahh !

Kalau dulu, aku online dari pagi sampai malam pastu sampai pagi then malam balik pun tak apa. Tapi, sekarang macam berubah suda. Yalah, dah ada "abg" lah kunun. So, hobi online tu macam kurang sikit. Macam mau ditinggalkan mau tidak jak bah hihi. sebab tu lah blog ni menyepi jak.

Lagi satu kalau dulu penulisan ku di alam maya semua main hantap jak ikut suka hati aku jak tapi sekarang dah tak boleh weyy.. Sebab ? Aku mula terfikir dan sedar bahawa aku adalah seorang isteri mestilah aku melambangkan suamiku. Dan dia juga melambangkan aku. Kan kami 2 in 1 gituu... So, apa dia buat mesti melambangkan aku dan begitu juga dengan aku apa aku buat mesti melambangkan dia. Jadinya, sekarang aku kena berhati hati dengan pergaulan dan pertuturan sama ada di alam maya ataupun di alam nyata.

Sebenarnya banyak lagi aku kena belajar nie, insha Allah... dari semasa ke semasa aku akan berusaha mempelajari lagi banyak perkara. Dengan nasihat dan sokongan dari suami tercinta. insha Allah, aku boleh bah. Asehmen ! *hekhekhek*


^^^^^^^^^^^^^^^^


Oh ya, Ya Ampunnnn... lama juga tak jenguk blog aku ni *hukhukhuk* singgah pun nda da ya. Last entry pun pasal new year kan ? Haritu, janji mau letak konon konon walimatul urus lah mau jemput pembaca blog aku ni tapi last last nda da juga hehe dasar pelupa janji bah kan si lang ni. Yalah, lain kali nda janji lah takut nanti selalu termungkir janji pula. So, see u later blog. Insha Allah ada masa aku akan kongsikan lagi banyak cerita k. 

Dan buat semua yg membaca blog aku ni, harap korang doakan agar kami berdua sentiasa di berkati Allah, selamat bercinta hingga ke syurga, bahagia hingga ke jannah, dan dapat membina masjid yg indah serta moga kami berdua dapat memberi manfaat buat banyak orang insha Allah..


   "The most beautiful thing in the world can't be seen, no touched, but are felt in the heart".





Ps : lama juga ya aku tinggalkan belog kesayangan ku nie, alaa sorry belog. =D



With love,
Mrs Jims.

1 people yang sweet:

♥♥ Nur ♥♥ said...

selamat pengantin baru ^_^
Nur doakan semoga kekal hingga ke JANNAH