BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

31 May 2015

Its POSITIVE !

Assalamulaikum


Seperti sedia maklum rasanya ramai suda yg tau, aku adalah salah seorang remaja yang berkahwin pada usia muda yang bolehlah dikatakan sebagai orang "kahwin muda" gituuu... Bertunang pada umur 19 tahun dan dinikahkan pada umur 20 tahun. Atas permintaan keluarga dan permintaan diriku sendiri untuk menamatkan zaman single pada waktu yang awal dan pada waktu semua kawan-kawanku yang lain sedang menikmati zaman remaja mereka. 

Tapi apa yang boleh aku katakan sebagai gambaran adalah Alhamdulillah. Seperti aku katakan sebelum ini, hidupku kini selepas berkahwin sememangnya 90% berubah. Daripada hidup seorang, kini hidup berdua bersama suami yang amat ku sayangi. Satu pengalaman yang sangat manis diberi peluang hidup bersama orang petama yang kita cintai dan dalam masa yang sama merasa diri ini dicintai setiap hari :') asehmen! Hehe ayat sweett wehh.. 

So, suami isteri mana yang tak mau ada baby kan ? Semua mau bah. Hihi *tipu kalau takmau* dan begitu juga lah kami berdua. Sebenarnya takda plan pun, cuma plan nya kalau ada rezeki awal syukur dan kalau tak awal lagi pun sama juga berusahaa gituu... Tapi, mungkin Allah telah tuliskan... jadi ceritanya begini, setelah usia perkahwinan kami 6 bulan. Allah telah memanggil Arwah mertua lelaki kembali ke Rahmatullah. Pada 1 April lepas, sedih dan sebak juga lah sebab tinggal tu jak mertua yg ada. Mertua perempuan dah pergi awal sebelum aku bertemu dengan suami. Tapi aku redha, mungkin bukan rezekiku untuk menikmati zaman manis.. menantu yg mempunyai kedua dua mertua. (Al-Fatihah buat kedua dua mertua ) semoga mereka berdua ditempatkan di org org beriman. Amin. So, sesiapa yg masih mempunyai kedua dua mertua. Hargailah dan nikmatilah dengan sebaiknya sebab Allah masih bagi peluang nikmat yg diberi kepada anda. 

Jadinya selepas tu, dalam pada sehari hari kenduri Arwah mertua tu. Aku rasa macam sakit2 jak. Macam pelik, sebab sebelum ni tak pernah macam ni. Dimulakan dengan sakit gigi bila malam jak, pastu loya muntah2 dan magrain menjadi2. Tapi paling ketara rasa, ulu hati wehh macam di gigit2 jak. So, mungkin aku rasa aku ni gastrik kalliii.. huhu jadi aku ni pun amalkan lah petua2 gastrik ni. Tapi hasilnya tetap sama malah aku rasa berlarutan pula sakitnya ni. Ramai juga yg cakap yg aku ni mengandung, tapi dalam hati eh takkan lah sebab aku baru period 29march haritu 3hari sebelum Arwah mertua meninggal. Takkanlah. 

Tapi kata ipar2 semua, baik pergi check maybe mengandungkah atau memang ada sakitkah ? Jadi pada satu pagi tu 14April aku pun dan suami pergi lah check dekat hospital. Last2 check punya check "NEGATIVE" okeyyy ??? Aku tak mengandung tapi kata nurse yg jaga tu (kakzalina) maybe aku mengandung tapi masih awal dan kemungkinan mau2 mengandung kalii hehehe tapi bagi aku mungkin aku memang tak mengandung sebab masih awal bah hahaha.

Ni dia hasilnya test pertama pada 14April2015 "NEGATIVE"

Tapi kan, selepas tu aku tak tahu lah sakit tu masih berlarutan juga sampailah aku memilih "makanan", mudah pening, loya, kerap kencing, cepat lapar, perut sakit2 *kdg2*, pedih ulu hati, muntah2, tak suka wangian yg trlampau wangi, dan aku pun macam errr!!! Kenapa ni???? Then, aku pun google lah semua tu last2 tu semua mirip tanda kehamilan. Jadi aku pun apa lagi, mengandungkah aku ni ??? Hehe dengan esaitednya aku pergi pekan lah bawa mak masa tu beli urine test lah konok2 mau testlah. Beli kat Klinik Dnar. Pastu, aku pernah baca satu blog ni bila mau test tu lagi bagus kalau waktu subuh2. Jadi, aku pun apa lagi bangun awal terus test, last tu satu line merah ni cepat jak ada tak sampai 2saat macam tu satu lagi line merah pudar ada. So, mungkinkah aku mengandung?? *moodmasihtakpercaya*


  Hasil test kedua pakai urine test pada 22Mei2015 "POSITIVE"


Tapi apa boleh buat aku masih tak percaya dan masih samai2 gituuuu... jadinya dengan mood yg tak puas hati ku bawa lah sampai aku ke hospital. Kali ni aku dan mak pergi. Takmau jugak mau check jugakkk, sampai sana dalam pikiran lama lagi aku menunggu ni, sudalah aku tengah esaited ni.. last2 Allah bantu, akhirnya aku juga orang kedua yg dipanggil hihi masuk dalam bilik doc, doc tu tanya.. 


Doc : Kenapa ya puan ?
Aku : Terus ku jawab dengan cepat, Doc saya nak urine test ?
Doc : Ok, jap ye *dia bagi surat* pergi bilik makmal ye
Aku : Ok, doc.. :)


Sampai bilik makmal laju jak aku buat kerja bah. Sementara tunggu keputusan, aku dan mak ni apa lagi esaited wehhh... dan aku lagi esaited sebab takut, takut negative lagi macam haritu.. ye lah malu wehh semua orang tau yg aku ni mengandung last2 tidak pula. Huhu aduhh malu tu.Puan Nooraziilah ? Ya, saya. Tengok2 Positive Alhamdulillah,  Tak terkata rasa syukur ini di saat tu dan mak pun sgt2 bersyukur akhirnya dia dapat cucu nanti huhu. Aku dan mak cepat ke bilik doc tadi, then nampak sgt kesibukan doctor masa tu then dia nampak aku dah masuk tapi dalam bilik ramai org so dia tanya jak terus positive or negative. Aku pun jawablah, positive. Then doc tu cakap "Tahniah! Nanti terus daftar ya dekat kki depan. Aku jawab, ok doc :) 


 Hasil test ketiga di hospital pada 28Mei2015 "POSITIVE"


Akhirnya, ku percaya juga yang aku memang pregnant hehe tak sangka genap 7 bulan usia perkahwinan kami akhirnya Allah hadirkan penyeri hidup kami yang tak lama lagi, insha Allah... Alhamdulillah,  syukur ya Allah. Hanya KuasaMu yg tiada tandingannya. Setelah Kau bawa pergi seseorang yg bermakna dalam hidup, dengan KuasaMu Kau hadirkan pula seseorang khalifah yg akan muncul di dunia ini insha Allah.

So, hanya entry sedih + gembira ni sajalah yang mampu aku share setakat ni. Dan buat masa ni, masuk 8 minggu kandungan morning sickness tu agak kurang sikit aku rasakan lah cuma yg muntah kdg2, lemah badan, pening2 hanya Allah jak yg tau, tapi tak pa aku tetap kuat demi baby comel dalam rahim ni dan aku akan tetap berusaha menjaga zuriatku ini dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan. Oh ya, doakan ya semoga baby dalam kandungan sentiasa sihat dan cepat membesar dengan sempurna dan doakan juga ibunya ni moga sentiasa kuat melawan morning sickness huhu Amin.. 



With love,
Mrs Jims